Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya.

Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya. Dah nak puasa dan raya! Jangan lupa untuk saksikan drama komedi lakonan Kazar dan juga Liza Abdullah yang akan mula tayangannya pada 29 Mac 2022 nanti! Drama yang di arahkan oleh shuhaimi Lua ini mengisahkan perjalanan keluarga Pak Jeri dan Mak Ton sepanjang bulan ramadhan.  Jom kita baca sinopsis drama 30 hari sebelum raya di bawah ini. 


Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya.


Sinopsis Drama 30 Hari Sebelum Raya. 

Bagi yang nak tahu, sinopsis drama 30 hari sebelum raya ini mengisahkan tentang keluarga Pak Jeri dan juga Mak Tun. Masing-masing mempunyai ragam yang tersendiri yang memeningkan. 

Pak Jeri dan Mak Tun akan menerima menantu baru tidak lama lagi. Tetapi Pak Jeri dah siap-siap checklist untuk bakal menantunya itu.

Mak Tun pula seorang yang cepat melatah dan membuat andaian sendiri apabila berlaku satu-satu perkara. Kemain serbu sahaja tanpa usul periksa sama ada betul atau tidak.

Nak dijadikan cerita, Mak Tun merasakan suaminya mengidap penyakit kanser tahap 4 dan hanya berbaki 30 hari untuk meneruskan hidupnya. 

Jadi Mak Tun perlu buat sehabis baik untuk suaminya. Malah dia semakin tertekan kerana Hari Raya bakal tiba dalam tempoh 30 hari ini.

Dapatkah Mak Tun dan Pak Jeri menyambut hari raya bersama? Jom kita saksikan. 

Jom join group fb >> Kaki Drama < untuk info drama terbaru !

INFO DRAMA

Untuk pengetahuan semua, drama ini mempunyai 28 episod kesemuanya dan akan mula ditayangkan pada 29 Mac 2022 nanti.

Drama ini akan ditayangkan di slot TV9 dan akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis pada jam 8.30 malam.

Antara pelakon utama dalam drama ini adalah Kazar Saisi, Liza Abdullah, Sufian Suhaimi, Chacha Maembong, Fahrin Ahmad, Aprena Manrose dan Mark Adam.

Pelakon lain yang turut sama terlibat adalah Shakilla Khoriri, Ariff Bahran, Shamsul Ghau Ghau, Umar Al-Amsyar, Zalela Kadir, Baby Azreen dan Aida Aris.

Watak dan karakter dalam drama 30 hari Sebelum Raya.

Sekali pandang dah macam drama 7 hari mencintaiku pula kan. hehe tapi dalam cerita ini pelakon Kazar Saisi melakonkan watak sebagai Pak Jeri. Manakala  Liza Abdullah sebagai Mak Ton.

Kita juga ada pelakon lain seperti Sufian Suhaimi sebagai Harraz dan Chacha Maembong sebagai Saodah.

Pelakon Fahrin Ahmad pula membawa watak sebagai Izham dan Aprena Manrose sebagai Rosnah

Oh ya! kita ada pelakon Mark Adam sebagai Hafiz dan Shakilla Khoriri sebagai Hamidah.

Akhir sekali, sebenarnya tak sabar nak tengok drama ini sampai habis. Aku yakin drama ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan juga penuh dengan komedi.

Selamat Menonton!


Previous Post Next Post