Telefilem Racun Suami Jahanam (Astro Citra)

Telefilem Best Racun Suami Jahanam (Astro Citra). Hai korang, ini merupakan sebuah lagi telefilem menarik untuk tontonan korang. Isteri mana yang nak racun suami dia ni? jahanam sangat ker perangai suami dia ni?  Fuhh geram pula aku ni.

Kalau minggu lepas kita dah tengok telefilem cekelat tak semanis honey, minggu ini kita dapat tengok kisah keluarga toksik pulak. Dibintangi pelakon utama mimi Lana dan Ben Amir, pasti menyeronokkan untuk ditonton lakonan mereka.

Aku kongsikan sedikit review telefilem racun suami jahanam ini supaya korang dapat tahu secara kasar telefilem menarik ini. Cerita ini lebih kepada dendam sorang isteri yang menjadikan isterinya sebagai hambanya.

Memang banyak emosi dimainkan dalam cerita ni dan sudah pasti kehadiran Mimi Lana menjayakan lagi cerita racun suami jahanam ini. Bagi yang belum tonton, ia akan diulang siarkan pada 12 November ini di Astro citra juga.

Telefilem Racun Suami Jahanam (Astro Citra)


Telefilem Racun Suami Jahanam (Astro Citra)

Cerita ini akan ditayangkan di Astro Citra dan Citra HD tau. Oh ya lupa nak bagi tahu, penulis skrip Telefilem Racun Suami Jahanam ini adalah Amor Rizan tau. Untuk yang belum tengok, telefilem ini mengisahkan tentang suraya yang merupakan seorang gadis kampung. Dia ni agak baik dan mudah diperkotak katikkan/ Dia berkenalan dengan Hazrul dan mereka akan menjalani hari bahagia mereka. 

Tapi itu hanyalah khayalan Suraya sahaja. Selepas dia mengetahui siapa Hazrul yang sebenarnya, hidupnya menjadi kucar kacir. Hazrul yang terlibat dalam operasi kelab malam di ibu kota membawa suraya ke sana untuk menjadi pelayan. perkara ini amat mengejutkan Suraya.

Sampai satu tahap, Suraya hampir membunuh diri kerana tidak tahan dengan perangai dan paksaan Hazrul. Racun apakah yang digunakan Suraya untuk membunuh suaminya? Mampukah Suraya melarikan diri dari 'neraka dunia' itu? 

Jom sama-sama kita saksikan.

INFO Telefilem

Racun suami jahanam ini telah ditayangkan pada 25 januari 2020 yang lalu tapi akan ditayangkan semula pada 11 September 2021 ini. Untuk tahun 2022 pula, ia akan ditayangkan pada 22 Ogos 2022 pada hari ahad

Update 2023, telefilem racun suami jahanam ini akan diulang siarkan pada 22 Oktober 2023 bersamaan dengan hari Ahad ini tau. Bagi korang yang terlepas ttayangan pertama tempoh hari, pastikan korang tonton pada hujung minggu ini ya.

Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Mimi Lana dan Ben Amir tau. pengarah cerita ini adalah Micheal Ang dan produksi yang membuat telefilem ini adalah Juita Viden. Dalam cerita ini juga kita dapat saksikan yang Mimi lana membawa watak sebagai Suraya. Riz Amin pula Sebagai Hazrul. 

Antara pelakon lain yang turut sama terlibat adalah Ben Amir dan Scha Alyahya. Tak sabar pula nak tengok cerita ni sampai habis. Memang best tau. 

Korang boleh tengok sedutan telefilem ini di Youtube Astro Gempak tau.


أحدث أقدم