Telefilem Badi Selendang Merah (Astro Citra)

Telefilem Badi Selendang Merah (Astro Citra). Hai semua, ini adalah sebuah telefilem yang akan ditayangkan pada hari sabtu ini. Sebenarnya cerita ini telah pun ditayangkan pada 4 April 2020 yang lalu dan kali ini ia akan diulang siar pada 18 September 2021. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Sharifah Sakinah dan Nazim Othman tau. Macam manalah jalan cerita dia kan. Hari tu aku tak sempat nak tengok. Mungkin korang dah tengok kot, kalau tak tengok lagi, apa kata kita tengok pada hujung minggu ni. Minggu lepas, kita dah tengok telefilem rancun suami jahanam yang memaparkan mengenai keluarga toksik. minggu ni pula akan ditayang cerita seram pulak. Berikut merupakan info Telefilem Badi Selendang Merah untuk anda. 


Telefilem Badi Selendang Merah (Astro Citra)


Telefilem Badi Selendang Merah (Astro Citra)

Bagi yang tak tahu, telefilem badi selendang merah ini mengisahkan tentang helmi yang tinggal di bandar. Dia membawa isterinya yang bernama Fatin untuk kembali ke kampung dan tinggal di sana. Fatin pula  sedang sarat mengandung dan tengah tunggu masa untuk beranak.

Dalam perjalanan mereka pulang ke kampung itu, mereka ternampak sebuah kemalangan yang melibatkan seorang wanita berselendang merah. Sejak itu, helmi tidak rasa tenang dan dia sentiasa dihantui peristiwa berkenaan.

Nak dijadikan cerita juga, sejak itu banyak rahsia-rahsia misteri terbongkar. Apakah rahsia itu? Jom sama-sama kita saksikan di Astro Citra.

INFO Telefilem.

Waktu tayangan terkini untuk cerita ini adalah pada 18 September 2021 dan ia ditayangkan pada jam 9 malam. Telefilem ini di arahkan oleh Rahim Zali untuk produksi suar channel.

Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Sharifah Sakinah, Nazim Othman dan Salina Saibi


Related Posts

أحدث أقدم