Filem Anak Perjanjian Syaitan (2019)

Filem Anak Perjanjian Syaitan (2019). Kalau korang dah pernah tengok filem ini, mesti korang akan terlintas mengenai pelakon utama filem ini yang terdiri daripada Nadzmi Adhwa dan Chacha Maembong tau. Filem arahan Helmi Yusof ini telah ditayangkan pada 24 Oktober 2019 dan mendapat respond positif dari rakyat Malaysia. Untuk tahun 2021 pula, filem ini akan ditayangkan di Astro Citra pada 11 September 2021 tau. Pada hari yang sama juga akan ditayangkan telefilem racun suami jahanam di saluran yang sama. Kalau korang tak tengok lagi filem ni, boleh lah ambil peluang untuk tonton pada hari sabtu ini tau. Jom baca info berkaitan Filem Anak Perjanjian Syaitan di bawah ini ya. 


Filem Anak Perjanjian Syaitan (2019)


Filem Anak Perjanjian Syaitan (2019)

Mungkin ramai yang tak tahu, penulis skrip filem ini adalah Subroto Katimin.  Filem Anak Perjanjian Syaitan mengisahkan tentang Cikgu Zaidy (Nadzmi Adhwa) dan isterinya, Azlinda (Chacha Maembong) yang sudah tujuh tahun berkahwin, tetapi tidak mempunyai cahayamata. 

Mereka berdua sentiasa ditekan oleh ibu Cikgu Zaidy iaitu Puan Rahmah (Jasmin Hamid) seorang janda kaya kematian suami yang terlalu ingin menimang cucu. Cikgu Zaidy selalu didesak supaya berkahwin lain dan Azlinda sentiasa dicemuh oleh ibu mertuanya itu.

Kemudian Cikgu Zaidy memohon untuk berpindah tempat kerja supaya memperoleh ketenangan dan ditempatkan di sebuah kampong di daerah kelahiran arwah bapanya. Mereka tinggal di rumah pusaka nenek Cikgu Zaidy. Rumah pusaka yang terpencil dan menyeramkan itu dijaga oleh tukang kebun, Pak Man (Shahrulnizam Noor) dan sudah tidak didiami selama lebih lima tahun. 

Sejak berpindah ke rumah tersebut, Azlinda sering menerima gangguan berupa suara bayi dan kanak-kanak bermain yang sering menghantuinya sehingga dia histeria dan pengsan. Apabila dibawa ke klinik, Azlinda telah disahkan hamil oleh doktor.

Bagaimanapun, setelah disahkan hamil, Azlinda masih sering diganggu lagi, mimpi yang aneh dan perutnya yang tiba-tiba membesar secara luar biasa. Sehingga suatu hari semasa diganggu dia berlari keluar dan hampir dilanggar oleh jirannya yang ‘misteri’.

 INFO FILEM

Filem ini diterbitkan oleh Screen Studio Sdn Bhd. Watak-watak dalam filem ini adalah Nadzmi Adhwa sebagai Cikgu Zaidy. Chaca Maembong pula sebagai Azlinda dan Puan Rahmah pula dipegang oleh Jasmin Hamid.

Antara pelakon lain yang turut sama terlibat adalah Azlan Komeng, Sahronizam, Jasmin Hamid, Mohd Zabri Ibrahim, Roslan Sallen, Attika Suhaimai dan Badrul Muhayat

Jangan lupa tonton tau !


أحدث أقدم