Tips Beli Durian Pasti Tak Dapat Durian Busuk

Perkongsian Tips Beli Durian Pasti Tak Dapat Durian Busuk. Disebabkan sekarang ni musim durian, aku nak tanya korang dah makan durian ke belum tu? Mesti ramai yang dah makan kan. Aku jer belum sebab aku tak makan durian. hehe. Antara durian yang terkenal sekarang ni adalah Durian Duri Hitam, Durian kampung, D24, Durian Isi Merah, Durian Udang Merah, Durian kawin dan lain-lain. 


Tips Beli Durian Viral Di Facebook

Pendek kata, semua durian sedap lah depa kata. Tapi dia jadi tak sedap kalau salah beli. Jadi aku kongsikan Tips Beli Durian Viral Di Facebook baru -baru ini.


Tips Beli Durian Pasti Tak Dapat Durian Busuk

Aku jumpa Tips mudah dan cara beli Durian ni di facebook. Aku sendiri dah cuba dan memang jaranglah dapat buah tak elok lepas tu. korang pun kenalah cuba kan.

  • 1. Pastikan bahagian tangkai masih lagi bergetah. kalau yang baru luruh, pada bulatan tangkai tu akan ada rasa belendir. menandakan buah betul-betul fresh.

  • 2..Jangan tertipu bila penjual cakap baru luruh. Tangkai akan semkin mengecut dan mngecil, menandakan buah semakin kurang kualiti.

  • 3.Pilih buah yang tidak pecah bontot. buah yg baru tak akan pecah. Buah durian akan start merekah hari ke3. ketika INI...rekahan bentuk line disetiap alur pangsa. Semakin merosot kualiti semkin besar rekahan. kualiti tempoyak je.

  • 4.jika suka rasa yang  lemak manis-manis. pilih Duri pendek dan Sekata.

  • 5 .jika suka yang jenis manis melenting-lenting tetapi ada rasa Pahit sedikit. pilih Duri yang melengkung sedikit. biasa berduri panjang seinci.

  • 6.untuk mengenal pasti buah elok tak rosak atau bena. cium setiap pangsa. buah yang masak ada bau daripada setiap pangsa. ni paling mudah

  • 7. Bagi yang professional, kami akan..

a) goncang buah. buah masak elok terasa ada gegar..

b) teknik menggaru buah. buah yang masak elok ada bunyi lompong. manakala buah yang muda bunyi padat.

c) durian bukit berbeza dengan durian kampung..daripada saiz (2.5-3.0 kg sebiji dan lebih).. tekstur isi ..ketebalan isi dan bentuk duri. Duri lebih pendek berbanding durian kampung yang ditanam tanah rata.

d) untuk tentukan jenis warna isi durian...di bahagian tangkai tu kena kikis.ada beza warna [ada kulit ari durian ...nanti bila kikis sikit dgn kuku boleh tegok kulit ari durian. Ada yang hijau Ada yang coklat.

coklat pun banyak jenis. Sebab berbeza warna isi. jika kulit ari kuning. isi juga kuning dann jika dikikis kulit tebal. .isi pun tebal. Bagi durian bukit isi tembaga, buah durian sendiri coklat perang macam tembaga. 

Untuk tip yg INI, cheq minta maaf Sebab x dpt buat live. Sebab cheq terikat degn kije hakiki yg mnyebabkn xbole merentasI negeri......cheq a per nah wat video tahun 2019..abiss cheq kene Maki n kene kecam dgn peniaga2 durian...sampaikn fb cheq kn hacked  Sebb cheq byk share ilmu pilih buah2 ..durian/cempedak / dokong / manggis....

Sedikit coretan ilmu ....n tip pilih durian...drpd seorg anak Kebun....cheq tidak berjual di DLM group INI...sekadar berkongsi ilmu shj....Sebb kesian Beli mahal2 tp buruk....yg mnjual ITU dieorg bukan pemilik Kebun..Sebb tu mereka kejar untung......

Wassalammm

Kredit untuk : Ida Royani.

Terima kasih untuk FB Ida Royani sebab kongsi tips ni. Kalau tidak kita pun tak tahu macam mana nak beli durian yang betul. Yelah kadang-kadang tu ada yang nak ambil kesempatan.

Sekarang korang dah tahu Tips ni , silakan share ya. 

أحدث أقدم