Cerekarama Luluh (TV3)

Cerekarama Luluh mengisahkan mengenai pengorbanan seorang abang yang terpaksa berhenti belajar demi menyara adik dan juga tunangnya di universiti namun cintanya di khianati. sedih.


Telefilem ini telah diulang siar pada hari sabtu ini 1 Mei 2021. Tayangan pertama cerekarama ini adalah pada 22 Ogos 2020 juga untuk slot cerekarama. Mungkin ada yang pernah tengok dah cerita ni tapi tak pa lah, tengok sekali lagi yer. 


Minggu ini juga kita ada tayangan telefilem enjit-enjit semut yang viral dan mendapat perhatian penonton drama tau. korang dah tengok ke siapa pelakon dia. Jalan cerita dia pun best tau. 


Untuk tahun 2024, ia akan diulangsiarkan lagi di slot yang sama pada 11 Mei 2024 tau. Jangan lepaskan peluang untuk menonton semula telefilem LULUH ini.


Cerita ini akan bersiaran pada jam 10 malam di TV 3.  Bagaimana kisah percintaan Farhan dan Khairina berakhir? jomlah kita tengok di bawah. 


Cerekarama Luluh (TV3)


Sinopsis Cerekarama Luluh (TV3)

Cerekarama ini mengisahkan tentang farhan yang memasuki tahun kedua di Universiti pulang ke kampung untuk cuti semester. Dalam tempoh cuti itu juga dia di tunangkan dengan kekasih hati nya, Khairina.

Seminggu kemudian, Ayah farhan meninggal dunia. Farhan ambil keputusan untuk berhenti belajar dan menyara keluarganya. 

Syakir adik si farhan menyambung pelajaran ke Universiti dan di sara oleh abangnya. Selain Syakir, Khairina juga di sara oleh Farhan ketika belajar di Universiti yang sama dengan syakir.

Bagaimana pengakhiran kisah cinta mereka? sama-sama kita tengok!


Senarai Pelakon Telefilem Luluh (TV3)

Antara pelakon yang terlibat adalah  Aeril Zafrel, Izzue Islam, Ummi Nazeera, Nad Zainal, Haeriyanto Hassan dan Fadilah Mansor.


Review dan Rating 

Aku bagi 4.5/5 untuk cerekarama ni sebabnya jalan cerita dia memang menarik dan meluluhkan hati kita yang menonton. terutamanya kita yang menjadi anak sulung yang menolong adik-adik kita.

Kadang-kadang orang lain tak rasa apa yang anak sulung ni rasa. jadi cerita ni memang sangat dekat dengan aku dan yang paling penting penghayatan pelakon-pelakon dia memang meruntun jiwa.

Jangan lupa untuk tonton semula cerita menarik ini di saluran TV3 hujung minggu ini ya. Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post