Cerekarama Dia Kembarku (TV3). Sebenarnya Cerekarama 'dia Kembarku' ini telah ditayangkan tahun lepas. Kini cerita ini akan ditayangkan semula pada 17.4. 2021. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Emma Maembong, Norman Hakim dan Lisdawati. Jangan lupa tengk tau!
Cerekarama Dia Kembarku (TV3)
Tayangan pertama cerekarama ini adalah pada Sabtu, 11 Januari 2020, 10 malam
Ramai pelakon yang terlibat antaranya adalah Emma Maembong, Lisdawati, Norman Hakim, Raja Azmi, Baiq Balqis, Lalu Putera, Nadhif Sazali
SINOPSIS Cerekarama Dia Kembarku (TV3)
Cerekarama ini mengisahkan tentang bapa yang tergamak membuang seorang daripada anak kembarnya kerana mengalami kecacatan di bahagian wajahnya. Sejak kecil lagi, Amina diminta menutup bahagian wajahnya yang buruk dengan sapu tangan atau tuala kecil apabila berada di khalayak. Namun, Amina tidak pernah menyalahkan takdir.