Telefilem Soul Mate Kedua (TV1)

Hari Sabtu ini, RTM membawakan sebuah telefilem 'Soul Mate Kedua'  27 Februari 2021 jam 9:00 malam di TV1.

Telefilem Soul Mate Kedua (TV1). Jangan lupa untuk saksikan telefilem 'Soul Mate Kedua' lakonan Amar Asyraf dan Daniella Sya. Cerita ini telah lama dibuat dan kini baru di siarkan. Kalau tak silap aku dari tahun 2019 lagi rasanya.

Telefilem Soul Mate Kedua (TV1)


Telefilem Soul Mate Kedua (TV1)

Antara pelakon yang terlibat adalahAmar Asyraf, Daniella Sya, Sharifah Husna, Angeline Tan, Chew Kin Wah, Yaya Maembong, Erry Putra, 

Telefilem ini menceritakan mengenai Joanna yang mempunyai kawan baik bernama Mirza. Dia berkawan dengan Mirza telah menghabiskan banyak masanya dengan aktiviti kebajikan. Keluarga Joanna mempunyai pilihan jodoh untuk Joana. Mereka pula sibuk mahu menjodohkan dia dengan Andy, tetapi Joanna sebenarnya mencintai kawannya, Mirza. 

Joanna nekad untuk memeluk Islam. Selepas itu, hubungan keluarga Joanna bertambah keruh. Ditambah lagi dengan perkahwinan Mirza dengan Alissa. Tetapi keadaan Alissa yang kurang sihat menyebabkan dia membuat satu permintaan. Namun, permintaan Alissa benar-benar memeranjatkan Joanna dan Mirza. 

Mampukah Mirza dan Joanna di satukan? Apa pula perminataan Alissa kali ini?

Sama-sama kita saksikan.

أحدث أقدم