Senarai Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh

Senarai Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh. Aku hampir lupa nak update pasal drama ni. Maklumlah sebab sibuk sikit. hehe Antara pelakon drama patah sayap bertongkat paruh ini adalah Fasha Sandha dan juga Aaron Aziz. Mereka berdua merupakan pelakon utama dalam cerita ini.

Jumlah Episod : 14 episod

Tarikh Tayangan : 3 April 2019

Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10:00 malam

Saluran Tayangan : Astro Ria

Selain dua pelakon yang aku sebutkan tadi, ramai lagi tau yang terlibat dalam menjayakan drama ni. Antara pelakon lain yang terlibat adalah Zarul Husin, Jalil Hamid, Amelina, Jasper Supayah, Sofia Dendroff, Makjah dan Aman Aziz

Senarai Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh


Selain itu, Haziq MacQuistan, Amira Othman, Elly Mazlein, Cat Farish, Farzana Latif, Awang Hamyzan, Adib Haziem, Hanna Aqeela, Lydiawati, Ika Nabila dan Ikhlas Jalil juga antara yang membintangi drama ini.

Dengarnya ramai yang follow cerita ni. betul ke ? Mungkin sebab ada Aaron dengan Fasha kot. Jalan cerita drama ni pun nampak macam biasa tetapi penghayatan pelakon dalam drama ini yang paling menjanjikan kepuasan kepada penonton.

Sinopsis Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh


Drama ini mengisahkan tentang kehidupan keluarga Aliah dan Hisham. Mereka mempunyai 3 orang anak. Konflik terjadi apabila Hisham menceraikan Aliah. Aliah pula mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bersama dengan anak-anak mereka.

Di kampung pada mulanya berita mengenai status Aliah tidak diketahui ramai orang tetapi selepas ayah Aliah yang nyanyuk menceritakan perkara tersebut kepada Talhah yang juga kawan lama Aliah.

Senarai Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh


Talhah kesian dengan ALiah dan cuba membantu dia. Lama kelamaan rasa suka dan cinta mula timbul dalam hati dia. Tapi Hisyam pula muncul kembali dan memberi amaran pada Talhah mengenai status Aliah tersebut.

Mampukah Aliah meneruskan kehidupannya selepas ini? Apa pula ujian yang bakal ditempuhinya ? Kalau nak tahu, korang kenalah tengok cerita ni tau.

Episod Penuh Drama


Kami akan kemaskini semua episod drama patah sayap bertongkat paruh ini tidak lama lagi. Jadi tunggu kemaskini kami dari masa ke semasa.

Selamat menonton. 

أحدث أقدم