Biodata Aaron Aziz Pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh

Biodata Aaron Aziz Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh. Agak lama sebenarnya tak nampak Aaron Aziz berlakon. Kali ini dia betul-betul kembali dengan membintangi drama baru iaitu Patah sayap bertongkat paruh yang ditayangkan di Astro Ria.

Bila bercakap pasal Aaron, mesti ramai yang teringat watak dia dalam drama Tuan Anas Mikael. Masih ingat tak watak Tuan Anas yang menjadi kegilaan ramai dulu tu? hahaha bila dok teringat balik, lawak pula kan bila Aaron Aziz bawa watak serius tapi ada lawak.

Sejak dari tu nama dia makin naik dan menjadi bualan rakyat Malaysia.

Biodata Aaron Aziz Pelakon


Aaron Aziz telah berkahwin dengan Diyana Halik. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata. Nama anak Aaron dan Diyana adalah Dahlia Arissa, Danish Anaqi dan Dwi Ariana

Salah satu fakta terkini adalah Aaron telah dikurniakan pangkat Dato oleh Sultan Pahang sempena hari jadi baginda. Wah ! tahniah tau untuk Dato Aaron !

BIODATA AARON AZIZ PELAKON DRAMA


Nama Penuh : Aaron Mustapha Aziz

Tarikh Lahir: 23 Februari 1976

Asal: Tampines, Singapura

Drama lakonan Aaron Aziz: Haryati 2, Sumaiyyah, Garisan Takdir, Penghujung Rindu, Janji Diana, Cinta Gila, Rahsia Hati, Tuah Kembali, Cinta Lelong, Kasih Tercipta dan lain-lain

Filem lakonan Aaron Aziz: Evolusi KL Drift, Evolusi KL Drift 2, Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam, Shyy... Dia Datang, Pisau Cukur dan Datin Ghairah dan lain-lain.

Iklan: L'oreal Men dan Celcom

Duta Produk : L'oreal dan Celcom ,Mamee dan Samsung

Status : Sudah Berkahwin

Instagram : IG Aaron Aziz .


Biodata Aaron Aziz dan isterinya

Sekarang ini nampak macam Aaron mengurangkan aktiviti lakonan dia. Sekali sekala jer nampak dia berlakon dalam drama tempatan. Mungkin dia sibuk dengan bisnes dia atau mungkin sibuk dengan keluarga tercinta.

Tapi, kita tetap menyokong perkembangan karier Aaron Aziz yang boleh dikatakan sebagai antara pelakon terbaik yang pernah membintangi dunia seni tempatan.

Semoga Aaron dan keluarga dimurahkan rezeki mereka dan harap sangat yang dia akan kekal relevan sampai bila-bila. Bukan senang nak sampai ketahap ini kan. Semoga dia kuat dan terus berjaya.


Previous Post Next Post