Cerekarama Resort Berhantu

Cerekarama, Resort Berhantu ini mengisahkan tentang persahabatan yang disulami dengan dendam yang membawa kepada pembalasan dendam tersebut. Untuk minggu ini, slot cerekarama akan menayangkan drama sempena DFKL 2019 tau.  Antara barisan pelakon resort berhantu yang membintangi cerita ini adalah Izzue Islam, Ain Edruce, Jaja Ilyas, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Hamdan Senario dan Masrenny Masri. 

Minggu lepas, cerekarama yang ditayangkan adalah Suluhkan aku Cahaya tau. Ramai cakap cerita ni best. korang tengok tak?

Izzue Islam di dalam cerekarama Resort Berhantu

Resort berhantu ini sebenarnya bergenre seram komedi. Memang ada hantu pun dalam cerita ni. hehe kalau nak tahu siapa hantu tu, korang kenalah tengok malam ni.

Waktu Tayangan : Sabtu, 2 Mac 2019, 9:30 malam

Sinopsis Resort Berhantu.

Telefilem ini mengisahkan tentang dendam dalam hati kerana di buli pada zaman sekolah yang di alami oleh Rosalinda dan Amira. Mereka nekad mengadakan Reunion Dinner sebagai pembalasan kepada pembuli-pembuli mereka.

Selepas 10 tahun tidak berjumpa, akhirnya 13 pelajar dikumpulkan pada majlis makan malam tersebut. Maka bermula lah perjalanan misteri menghantui mereka.

Untuk tahun 2023 ini, telefilem resort berhantu ini akan ditayangkan semula pada 3 Jun 2023 tau. Masih ditayangkan di slot cerekarama juga tau.

Review


Di sebabkan cerita ini sudah ditayangkan dulu. aku boleh katakan cerita ini best walaupun ada elemen-elemen seram tau. Pelakon diorang pun best-best dan berkualiti. Sesuai dengan jalan cerita dia.

Untuk cerita penuh, anda kena tonton cerita resor berhantu malam ini di TV 3. Selamat Menonton.

أحدث أقدم