Cerekarama Dari Jauh TV 3

Cerekarama Dari Jauh. Assalamualaikum. rupa-rupanya dah masuk minggu kedua sudah untuk tahun 2019 ini. Cepat sungguhkan masa berlalu.

Macam mana perancangan korang? berjalan dengan lancar ke? hehe baik kali ini aku nak kongsikan mengenai  telefilem Dari Jauh yang akan ditayangkan pada 12.1.2019 ini.

Telefilem ini dibuat khas sempena Anugerah Juara Lagu yang ke 33. Minggu lepas kita dah tengok pasal Mak Cik Acapella. Dalam cerita tu ada Aiman Tino. Jadi siapa pula penyanyi yang akan membintangi cerita dari jauh ini ? jom kita baca dekat bawah ni ya.

Info Cerekarama 


Waktu Tayangan : Sabtu, 12 Januari 2019, 9:00 malam
Saluran Tayangan : TV3

Senarai Pelakon cerekarama dari jauh adalah Ariff Bahran, Shiha Zikir, Sandra Dianne, Syazwan Zulkifly, Azhan Rani, Shazzyra Edora.

pelakon Cerekarama Dari Jauh TV 3



Ohhh. ada Shiha Zikir dengan Ariff Bahran rupanya. Mesti ramai peminat diorang yang nak tengok cerita ni malam nanti kan.

Sinopsis Cerekarama Dari Jauh.


Kisah Erul dan Emi tinggal berdua selepas kematian ibu bapa mereka. Pada mulanya mereka tinggal dengan Pak Su mereka.

Tapi mereka selalu kena dera dengan pak su , jadi mereka nekad melarikan diri.

Erul gemar memuat naik video nyanyian dia dan adiknya di Youtube yang akhirnya, berjaya mendapat puluhan ribu tontonan.

Sinopsis Cerekarama Dari Jauh TV 3

Selepas itu mereka dipanggil untuk merakam lagu dan kemudian mereka terus terkenal. Sejak dari itu juga, hubungan adik beradik mereka berantakan.

Mampukah mereka menjaga hubungan mereka tersebut walaupun mereka sudah terkenal?

Jom kita saksikan cerekarama dari jauh yang akan ditayangkan pada malam ini. Selamat menonton.


Previous Post Next Post