BR1M 2018 : SEMAKAN, KEMASKINI DAN CARA MEMOHON PERMOHONAN BARU

BR1M 2018 : SEMAKAN, KEMASKINI DAN CARA MEMOHON PERMOHONAN BARU

Assalamualaikum, hari ni kita nak cerita pasal Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2018 atau BR1M 2018.
macam mana nak buat semakan , kemaskini BR1M 2018 dan untuk membuat permohonan baru BRM 2018 pula eh ? hehehe sabar kita sembang semuanya di sini hari ni.

Seronoklah kan ada orang nak bagi duit.
hahaha

SEMAKAN, KEMASKINI DAN CARA MEMOHON PERMOHONAN BARU


baik, untuk yang belum tahu...
korang dah boleh buat kemaskini secara online untuk BR1M 2018.

tarikh untuk kemaskini bermula dari 27 November 2018 sehingga 31 Disember 2018 tau.
kalau yang dah pernah dapat sebelum ni, korang hanya update jer. buat online pun boleh tau.

korang ikut cara ini ya.

kemaskini permohonan BR1M 2018

1. Sila ke pautan ini - 

2. masukkan nombor Ic korang.

ingat ya, ada soalan keselamatan untuk korang jawab.
jawab dengan betul tau.

pastikan korang ingat maklumat yang korang pernah isi sebelum ini....

... Yang kedua , cara buat semakan BR1M 2018

cara dia mudah jer.

1. masukkan ke laman web ini - SINI

2. masukkan nombor ic korang.

status permohonan korang akan keluar selepas tu.

cek brim lulus atau tidak tau .
kalau tak, penat jer menunggu.
hehehe

Status permohonan BR1M 2018

Yang Ketiga adalah untuk permohonan baru .

ada dua cara untuk permohonan baru untuk BR1M 2018 ni . ...

1. Online.

Untuk permohonan online, korang ke sini.

masukkan nombor ic ,
dan isi maklumat yang di minta dengan betul.

pastikan betul tau !
jangan tipu.

2. Manual.

untuk permohonan secara manual, korang kena isi borang.

untuk mendapatkan borang BR1M secara manual , korang boleh pergi ke Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam negeri korang, UTC pun ada juga...

dah dapat borang, isi dan hantar dekat tempat yang sama juga tau.

kalau nak download borang secara online, korang ambil di sini .

aku lebih suka kalau guna permohonan online,
sebab lebih mudah. korang isi jer maklumat dan tekan butang hantar.

hehehe
nampak sangat Gen Y kan.

PERHATIAN ! 
Tarikh permohonan baru BR1M 2018 dilanjutkan sehingga pertengahan bulan januari 2018 tau !

kalau korang belum daftar, boleh daftar sekarang !
secepat mungkin tau.

kongsikan dengan kawan-kawan lain.
sebab benda ni baru dikemaskini.
mungkin ada yang tak tau.

ada 3 kategori untuk BR1M 2018 .

👉  Bujang / Individu

RM 450
tarikh pembayaran : bulan Febuari

👉  Isi Rumah (pendapatan Rm 3,001 sehingga Rm 4000 )
RM 900
Tarikh pembayaran : Febuari, Jun dan Ogos . * setiap bulan tersebut dibayar RM 300

👉  Isi Rumah (pendapatan RM 3,000 kebawah )
RM1,200
tarikh pembayaran sama macam RM 900 dekat atas

satu ja aku nak ingatkan, bagitau dekat adik beradik yang dapat brim untuk update dan kemaskini permohonan untuk memudahkan pembayaran BR1M 2018 untuk tahun depan. jangan lambat-lambat, buat jer sekarang ya.

orang bagi duit, kita ambil.
ehh duit GST kita okaayy.

jangan nak segan-segan sangat. hehehe.

Previous Post Next Post