Drama Dia TV 3 ( Pelakon dan Sinopsis ) Lakonan Irwansyah dan Janna Nick

Drama Dia TV 3 Lakonan Irwansyah dan Janna Nick. Tak sabar weh nak tengok drama 60 episod ni yang akan mula di tayangkan pada 14 oktober ni. Cerita hasil gabungan dua negara iaitu malaysia dan indonesia ini pasti akan menjadi kegilaan ramai. Terima kasih juga sebab korang dah baca entri " Senarai Pelakon Drama Dia " sebelum ini. entri tu berterabur sikit, jadi aku tulis lain. hehe

antara pelakon yang berbakat yang terlibat adalah Janna Nick , Irwansyah, Adi Putra dan ramai lagi. Di Malaysia jarang kita tengok drama panjang sampai 60 episod ni kan. walaupun ada, tapi tak banyak. kalau drama korea tu memang banyak lah kan episod depa. hehehe di samping itu ada pelakon kanak-kanak dari indonesia juga terlibat dalam drama ni tau. nama dia adalah Sandrinna Michelle Skornicki. 

Drama Dia TV 3 ( Pelakon dan Sinopsis ) Lakonan Irwansyah dan Janna Nick
Drama Dia TV 3 ( Pelakon dan Sinopsis ) Lakonan Irwansyah dan Janna Nick


tengok gambar dia memang comel kan. hehe tak yah tanya dah siapa pelakon kanak-kanak indonesia dalam dram dia kan. hehe aku dah bagitau tu. :)

Drama Dia TV 3 Lakonan Irwansyah dan Janna Nick


Antara pelakon lain yang terlibat dalam drama DIA ini adalah seperti Izara Aisyah, Emma Maembong , Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tash Yong, Tatiana Sivek, Cahya Kamila, Billy Boedjanger, Farouk Hussain dan Fazlina Ahmad Daud

SINOPSIS DRAMA DIA TV 3 

Aku pernah tulis sebelum ni mengenai dram ni kan. itu pun kalau korang pernah baca lah. cuma kali ini aku tulis lebih sikit dari entri sebelum ni. hehehe jadi korang meh lah baca sinopsis yang aku tinggalkan ni.* ayat poyo gila. hahaha

Drama Dia TV 3 ( Pelakon dan Sinopsis ) Lakonan Irwansyah dan Janna Nick
Drama Dia TV 3 ( Pelakon dan Sinopsis ) Lakonan Irwansyah dan Janna Nick

Kisah drama ni kan adalah berkenaan seorang lelaki yang bernama adit , seorang yang baik dan telah kematian ayahnya. Dia kemudiannya mewarisi perniagaan ayahnya itu. walaupun dia sudah mempunyai kekasih, tapi atas permintaan ayahnya dia tetap berkahwin dengan pilihan ayahnya itu. calon yang diberikan oleh ayahnya itu merupakan anak kepada rakan ayahnya ketika beliau hidup.


Watak pelakon dalam dram dia ni adalah Irwanysah sebagai Adit, Janna nick sebagai Aira, Izzara Aisyah sebagai Emelda dan pelakon kecil Sandrinna Michelle Skornicki sebagai Icha.

ada orang tanya , bila drama ni mula di tayang kan. haaa Waktu siaran drama dia tv 3 ni pula adalah setiap hari jumaat hingga ahad. kira tayangan dia waktu hujung minggu sahaja dan bermula jam 9 malam. jadi pemilihan waktu yang sangat sesuai untuk kita tengok drama ni kan. dah lah hujung minggu adalah waktu bersama keluarga. sambil-sambil rehat tu boleh tengok drama ni kan.

Kisah dalam drama ni penuh dengan kisah cinta dan aku yakin mesti ada konflik kekeluargaan dalam drama ni. hehehe kalau tak , tak kan sampai 60 episod kan . hehe kalau korang nak tahu apa kesudahan cerita ini, korang kenalah tengok drama dia ni di tv 3 bermula esok iaitu hari sabtu . tak sabar kan . hehe

kite nak tengok janna nick jer dengan Sandrinna Michelle Skornicki . hehehe Selamat Menonton !


أحدث أقدم