Bagaimana Langkawi Boleh Jadi Tempat Percutian Anda

Assalamualaikum,

Hari cuti macam ni rasa best pula nak cerita pasal langkawi.

Destinasi percutian aku dan keluarga pada tahun 2016.

kami pergi hujung bulan 9 selama 4 hari 3 malam.

satu pengalaman yang menarik untuk di cuba. Mesti ramai yang pernah sampai ke langkawi, kalau belum sampai, korang rasa macam mana langkawi ni boleh jadi tempat percutian terbaik untuk korang.

Bagaimana Langkawi Boleh Jadi Tempat Percutian Anda
Bagaimana Langkawi Boleh Jadi Tempat Percutian Anda 


Sebab ada yang cakap Langkawi tak menarik pun sebenarnya. ye ke ni ?

Bagaimana Langkawi Boleh Jadi Tempat Percutian Anda 


Aku pernah cerita dekat korang mengenai beberapa tempat menarik yang pernah aku lawati di Pulau Langkawi. antaranya adalah seperti Pulau Dayang Bunting, Underwater World, Cable Car dan lain-lain.

Tempat-tempat ini menjadi tumpuan pelancong sejak dari dulu lagi. jadi kalau korang nak singgah , pastikan korang datang awal dan nak elakkan dari kesesakkan ketika di lokasi tersebut.

1. Pulau Dayang Bunting.

Ini merupakan lokasi wajib kalau sampai ke Langkawi, 20 minit perjalanan dari Jeti menaiki bot untuk sampai ke pulau ni. Sebab apa di namakan pulau dayang bunting, ia kerana kalau korang perasan bentuk bukit di pulau berkenaan berbentuk seperti orang perempuan yang mengandung.

sejak itu , ramai pula yang cakap kalau kita kawin, tapi masih tak dapat anak. jadi kita kena bawa dan mandi di kawasan tasik pulau dayang bunting ni. nanti mudah nak dapat anak. hahaha aku tak pasti sebab apa cerita-cerita ini mudah dipercayai oleh orang kita kan.

kalau korang nak tau lagi mengenai pulau ni, baca di sini - Pulau Dayang Bunting .

2. Cable Car Langkawi

Ini kali kedua aku pergi naik cable car dekat langkawi ni. pengalaman pertama memang best, tapi pengalaman kedua yang tak best. hahaha tiba-tiba rasa sesak nafas pula bila naik atas tu. mungkin sebab'size' makin bertambah jadi pressure pun makin tinggi lah kan. hahaha

Kalau korang naik sampai ke puncak, korang akan dapat melihat pulau langkawi dari atas yang sangat cantik. memang masa ni teruja habis lah. cumanya, aku nasihatkan jangan naik waktu tengah hari sebab panas, jadi kalau boleh mai waktu pagi dan rasai kesejukkan berada di atas puncak bukit ini.

nah, korang bacalah mengenai Skycab langkawi @ Cable Car Langkawi ini di SINI .

3. Muzium 3D Langkawi

Pertama kali masuk sini memang TERKEJUT . sebab apa ? sebab lawa gila tempat ni. masa masuk tu cakap dalam hati ' berbaloi bayaq mahai pun ' hahaha jahat tak aku.

Yelahkan , sekarang ni nak masuk tempat-tempat macam ni, kena bayar puluh-puluh ringgit weh, kalau seorang takpa lah, ni yang bawah family ? sekali masuk dah ratus-ratus baru satu tempat. bertabahlah yer.

apa yang ada di sini adalah lukisan 3D yang menarik dan korang boleh ambil gambar di dalam ni. itu yang kalau korang pernah tengok gambar yang cantik-cantik , macam betul-betul tu. meh aku belanja satu gambaq .

Bagaimana Langkawi Boleh Jadi Tempat Percutian Anda
Bagaimana Langkawi Boleh Jadi Tempat Percutian Anda 


nak baca lebih-lebih , baca di sini - Muzium 3D Langkawi

Langkawi merupakan sebuah pulau yang penuh dengan aktiviti pelancongan. jadi korang rancanglah dengan sebaik mungkin sebelum sampai di sini. kalau nak berehat sahaja pun boleh, tapi lain kali kena mai lagi lah . hehehe

Sebab utama untuk bercuti di langkawi adalah kerana banyak tempat menarik untuk diterokai dan begitu mudah untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain dalam pulau langkawi ni. orang kata senang nak cari tempat. haaa

Bila dah tau tempat menarik di sini, barulah kita tau yang Langkawi memang tempat percutian terbaik untuk kita semua.  Jom kongsikan dengan rakan-rakan lain mengenai entri ni. aku pun nak pi lagi nanti. hehe
Previous Post Next Post