SERONOK BILA ORANG TOLONG KITA !

SERONOK BILA ORANG TOLONG KITA ! |  Setiap manusia mengimpikan yang orang lain sentiasa ada untuk membantu . Walaupun hakikatnya agak sukar untuk impian itu di realisasikan namun manusia tetap berharap yang ada orang akan tolong mereka . Kita sentiasa mengharap pertolongan orang lain apabila kita memerlukan. Kadang-kadang urusan seharian pun,kita mengharapkan ada orang yang tolong kita .
TOLONG ORANG !


Bangun pagi, kita harap ada orang tolong mandikan kita , lap kan kita ,pakaikan baju yang cantik untuk kita dan pelbagai lagi pertolongan yang kita inginkan.Namun apabila kita tersedar dari lamunan ,maka baru kita faham yang orang lain juga ada kehidupan mereka.mereka juga mempunyai impian yang sama dengan kita . mereka juga ingin dilayan dengan baik. oleh sebab itu, kita akan terus bangkit dan melakukannya sendiri .

Kita akui yang tidak ada orang akan menolong kita untuk semua itu kerana semua yang kita inginkan itu boleh di lakukan oleh diri sendiri. Apa yang uniknya, Allah sentiasa menghantar orang untuk bantu kita ketika kita susah. korang perasan tak . Bila kita susah , mesti ada orang tolong kita. sama ada secara sedar mahupun tidak di sengajakan .

Baiknya Allah kat kita kan, dia sentiasa membantu kita walau di mana kita berada . Nak pergi interview, kita nervous .tapi bila sampai tempat interview kita jumpa orang yang baik akhlaknya, kita pun happy dan hilang nervous tu. itulah antara pertolongan Allah kepada kita. cuma kita ni nampak tau tak je kan.

Kita seronok bila ada orang tolong kita, tetapi kita kena ingat, orang lain pun seronok bila kita tolong mereka. sama-samalah saling tolong menolong antara satu sama lain . macam hari ini, aku minta tolong seseorang settingkan blog aku sebabnya aku memang tak pandai bab blog ni. jadi nasib baik dia sudi menolong aku walaupun aku ni jenis yang suka dan banyak bertanya. hehe semoga orang lain akan membantu orang yang menolong aku tersebut.

Sekian.


أحدث أقدم