PERANGAI MEMBER BILA BELI HANDPHONE BARU !

PERANGAI MEMBER BILA BELI HANDPHONE BARU !  |  Hari ini aku nak bercerita panjang sambil-sambil mengimbau kenangan bersama kawan-kawan . aku harap korang pun imbau balik kenangan korang dengan kawan-kawan korang mungkin waktu di universiti , kolej atau di tempat kerja . dalam banyak-banyak kawan korang ada tak kawan korang yang beli handphone baru waktu study dulu atau waktu sekarang ni ?


Perangai member


haaa, waktu tu mesti kawan korang akan tayang phone dia ke mana-mana sahaja . tetapi ada ja yang jenis tak suka menunjuk kan. tiba-tiba muncul dengan phone baru. tu lagi lah buat member lain cuak kan. hehe Bila ada member baru beli handphone, mesti akan ada perangai member lain yang mula buat-buat pandai dalam segenap segi pasal dunia handphone ni .

" Kenapa beli phone ni ? , phone ni tak bagus lah "
" phone A lagi bagus dari phone jenis B ni "

yang paling bingit bila dengar member cakap 

" alaah , phone murah je tu "

hahaha ada kan member korang yang perangai macam tu . kalau aku ada member macam tu, aku tak layan dia, biarlah dia nak show off yang dia tahu semua benda asalkan kita tahu kenapa kita beli phone tu . betul tak ? mungkin kita anggap yang kita ada masalah hati bila sangka buruk dengan orang,tapi nak buat macam mana dah dia sangka buruk dulu dengan kita.

Berbalik kepada member yang tiba-tiba pandai dalam bab handphone bila tengok member lain beli handphone baru , dari sekecil-kecil aspek sehingga sebesar-besar aspek yang di perkatakan dan di bincangkan sedangkan bukan dia yang beli phone tu tapi orang yang lain . tak termasuk lagu yang member yang kaki menganjing. haha lagi sakit hati .

Macam aku cakap dekat atas , ada member yang akan compare handphone jenama ni tak bagus, jenama ni lagi bagus dan bla bla bla . hello ! aku beli phone, aku dah survey dulu sebelum aku beli lah. tak yah buat pandai . haha kadang-kadang nak je cakap macam tu tapi tak sampai hati kan. Biar hati kita sakit bukan hati member. alang-alang kita cakap pasal handphone mana yang bagus, korang baca dekat sini perdebatan kawan-kawan mengenai Smartphone mana yang terbaik di entri >> PERANG DUNIA SMARTPHONE : JENAMA APA YANG TERBAIK << . haa dalam entri ni pun ada info mengenai phone, kalau korang nak survey phone boleh baca entri tu juga .

Pendek kata, ada ja perangai member yang menyakitkan hati bila kita beli handphone baru. Aku lebih suka member yang senyap dan tidak ada pemikiran negatif dalam percakapan dia. bukan apa, kita lebih tahu hidup kita bagaimana, janganlah main sembur je kan. kita juga ada perasaan .betul tak ? antara part yang aku cerita ni, satu part ja aku suka iaitu bila berdebat smartphone mana yang terbaik. haha semua mesti nak menang ja. tak da sapa nak kalah. hehe

Sekian.

أحدث أقدم