BELAJAR HARGAI PENDAPAT ORANG SELAGI MANA IA...

BELAJAR HARGAI PENDAPAT ORANG SELAGI MANA IA... | Selalunya kita akan hadapi masalah apabila kita berhadapan dengan pelbagai pendapat yang berbeza . Kita nak pertahankan pendapat kita, orang lain pun nak pertahankan pendapat dia . jadi maka berlaku lah sesi perdebatan di mana-mana sahaja . Selalunya , ramai yang berdebat di media sosial dengan pelbagai hujah untuk menyokong dan membenci pendapat orang lain.

Konsep ini sebenarnya salah . Sebenarnya dalam memberi pendapat, tiada siapa yang menang dan tiada siapa yang kalah . Selagi mana , pendapat kita tidak bercanggah dengan agama . Sebab itu, kalau korang perasan, banyak isu yang di perdebatkan di media sosial seperti isu vaksin, kahwin ramai , yang viral tempoh hari mengenai BF dan sebagainya tidak membuahkan hasil perbincangan apabila masing-masing nak menang dengan hujah masing-masing .


BELAJAR HARGAI PENDAPAT ORANG SELAGI MANA IA...


Dan akhirnya menyebabkan perpecahan dalam masyarakat . Jadi bagai mana kita nak pastikan suasana harmoni di media sosial terjaga dan untuk mengelakkan pergaduhan dan perpecahan masyarakat media sosial adalah dengan cara menghormati antara satu sama lain dan juga berlapang dada terhadap pendapat orang lain. Sebelum ini , aku sempat membuat status di facebook kataubaid mengenai " apa yang korang buat kalau tak sependapat di media sosial ". rata-rata yang memberi pandangan adalah rakan blogger .

Dari jawapan mereka, hampir semua lebih gemar untuk " let it go " apabila pendapat kita berbeza di media sosial. dalam bahasa mudah " beralah "demi mengelakkan pergaduhan yang lebih besar yang mungkin terjadi .  Sama juga dengan kita, perkara tersebut perlu di lakukan ketika kita mula berbeza pendapat dengan orang lain. bukannya apabila berbeza  pendapat, kita mula menggunakan kata-kata kesat dan kasar semata-mata nak menunjukkan yang pendapat orang lain salah dan pendapat kita sahaja yang betul.

Kesannya apabila kita mula memaki antara satu sama lain, pergaduhan dan perpecahan akan berlaku . itu yang sepatutnya kita elakkan . penat dah , asyik tengok  orang dok maki di media sosial . sedih pun ada. bila tengok orang islam sendiri yang dok maki tu. sedangkan amalan maki- memaki tak di ajar di dalam islam. fikir-fikirkan lah ya. semoga entri belajar menghargai pendapat orang ini bermanfaat untuk kita semua.

Sekian.

Previous Post Next Post