Assalamualaikum,
MULUT I Pernah tak kita terfikir yang manusia ni ada dua mulut. biar betul ? hahaha meh aku nak cerita sikit ni. 2 mulut itu termasuk dalam 2 kumpulan atau dua benda. Satu adalah Mulut Fizikal dan Satu lagi Mulut Non-Fizikal .Kadang-kadang Manusia ni boleh berhenti bercakap (baca : mulut fizikal ) tetapi Tak boleh berhenti bercakap dengan mulut Non Fizikal.
korang faham tak ?
bahasa mudahnya adalah mulut kita dan kata hati . kadang-kadang mulut kita senyap tanpa perkataan tetapi hati kita sibuk berbicara pelbagai rupa dan penuh kekejian . Korang pernah jumpa orang macam ni ? .Depan orang baik,belakang orang kutuk bagai nak rak. Ya, Kita Mungkin tak boleh baca hati seseorang,tapi kita boleh baca tindak tanduk seseorang. kita boleh faham tindakan seseorang. Jadinya kita ni kena belajar cara nak jaga hati . Kita kena tahu dan belajar nak jaga hati orang lain.
Akhlak kita mencerminkan hati kita . Aku pun pernah buat salah, jadinya segadar teguran kita bersama,sama-sama kita belajar mengubah diri kita .Target kita syurga,kenapa amalan kita seperti ahli neraka . Jaga Mulut kita, tak kira la mulut yang betul atau mulut dalam hati .Insyaallah hati kita akan tenang dan tenteram.
Satu lagi tips nak jaga hati adalah dengan sentiasa sangka baik, aku rasa entri-entri aku sebelum ini pun menekankan untuk sentiasa bersangka baik dengan orang lain. sebab kita tak tahu bila dan kenapa kita kena jumpa dengan orang luar. kadang-kadang ,orang yang kita kena jumpa tu adalah musuh kita. tapi kita kena still jumpa. macam mana situasi kita waktu tu. Lari atau sembunyi ?
Amalkan apa yang Al-quran dan Rasulullah ajar, Insyaallah kita jumpa jalan penyelasaian bagi masalah hati kita ni.Tak mau dah kita layan mulut hati kita yang tak diam-diam menjadikan kita rosak ,hitam dan tenggelam dalam kegelapan dosa.Kita nak hati yang bersih dan bercaya untuk bertemu tuhan yang Esa. Moga Taubat nasuha membimbing kita mencari redhaNYa.Semoga entri ni bermanfaat ! Maaf atas semua salah silap ^^
sekian.
Post a Comment