Cikgu Biadap | Assalamualaikum , Mula-mula sekali aku nak bagitau, pendapat aku ini hanya berdasarkan gambar di bawah ni sahaja.Sebab aku tak baca pun FULL STORY. jadi skop pendapat aku kali berdasar gambar yang menerangkan seorang guru dan murid * sbb dia tulis My New BM teacher evryone yang bermaksud Guru BM aku yang baru korang ! Dulu zaman sekolah, kalau cikgu merajuk dengan kita. mesti semua akan mula cuak dan takut. Sebab takut keberkatan cikgu tak sampai kat kita dan kita akan susah jawab exam.Tak di nafikan, kebrkatan seorang cikgu juga amat penting selain dari keberkatan ibu bapa kita. sebab tanpa cikgu, mungkin kita tak tau apa itu sains, kajian tempatan, georgrafi dan sebagainya.
Cuma isu yang di ketengahkan kali ini, aku dapat simpul kan mungkin cikgu dalam gambar ini stress dengan anak muridnya.Mungkin juga kerana anak muridnya terlalu nakal di dalam kelas.Susah nak kawal.Kdang2 guru yang bertindak macam ni sekadar nak menguji anak murid dia. dan hasilnya ada juga anak murid yang tidak takut langsung dengan guru.
Bukan kita mintak anak murid takut dengan guru,tapi HORMAT sahaja sudah cukup. Kalau kami dulu, mesti dalam otak ni tengah ligat *laju* mencari idea macam mana nak pujuk cikgu tu.walaupun cikgu tu baru mengajar.Cuma aku yakin, masa sudang berganjak laju.zaman bertukar zaman.anak murid bertukar anak murid. kenakalan bertukar kenakalan.Mungkin cabaran cikgu masa kini seperti ini. mudah terdedah dengan media sosial hingga manusia lain menghukum tanpa usul periksa.
Bagi kita anak murid, ingat lah keberkatan cikgu tu amat penting.sebab ilmu yang dia ajar kat kita tula kita nak guna sampai kita mati.kalau korang tak percaya, korang masuk universiti,ada subjek tertentu yang korang akan ingat balik " ohh,cikgu ajar aku benda ni time kat sekolah dulu " kalau kita asyik kutuk cikgu ,agak2 nanti kita malu tak dengan diri sendir sebab tak hormat cikgu ? tanya lah diri kita sendiri.
Maaf entri ini bukan nak back up cikgu tapi aku nak tekan kan kepentingan guru itu lebih tinggi tarafnya dari kita yang anak murid ni.kita tak da ilmu,maka tuntut ilmu dengar guru.tapi ingatlah bawa la adab dan akhlak yang baik ketika menuntu ilmu.
kesimpulannya, sejahat atau segarang mana cikgu kita, dia cikgu yang perlu kita hormati. masyarakat di luar perlu berhenti dari menyangka yang kerja cikgu ni rileks dan goyang kaki. bukan mudah mendidik anak-anak anda yang nakal di sekolah tetapi baik di rumah.aku juga pernah jadi anak murid.maka kita tahu macam mana seorang cikgu berusaha nak pandaikan kita sehingga kita berada di mana kita berada sekarang.
Terima Kasih cikgu, Mohon maaf salah dan silap ^_^
sekian.
Post a Comment