SeMinggu Yang Memenatkan .


Assalamualaikum .

hello !!

apa habaq semua .

alhamdulillah, kita dpt bertemu lagi dalam entri kali ni . lama betui la aku tak update entri nak dekat 4 ke 5 hari gak la kan .

sunyi sepi la blog aku ni .

korang BW kat blog aku ke tak ? huhu

sepanjang minggu ni agak sibuk jugak la, dengan aktiviti2 persatuan di samping dok umah sahaja .


bermula dengan 28 hb,29 dan 31 hb - bazar Muffin 15. Tuk program ni, aku jadi AJK jugak . program yang di anjurkan oleh PMRAM cawangan Mansurah . program food fiesta ini menghimpunkan menu2 dari malaysia yang di buat sendiri oleh pelajar2 di mansurah dan di jual kepada yg lain .

SENARAI menu
menu2nya
banyak jugak menu yang di jual, antaranya nasi kerabu,nasi tomato, bingka karot, char kueh teuw , popia sambal, apam balik dan macam-macam lagi .

ada jugak pengisian yang berlangsung pada 3 hari tersebut . ada slot fiqh perubatan, jalur permikiran dan lain-lain lagi .

ramai juga yg hadir dan support program persatuan induk kami selepas PERUBATAN . semoga jasa baik anda semua di balas baik oleh ALLAH.

pada 28hb juga, aku dapat berita sedih, apabila pakcik aku meninggal dunia . time tu aku tak tau nak cakap apa.. just go with flow. sbb esok tu dah start program. tak kan aku nak tarik diri. kesian kat AJK2 lain yg dah bertungkus lumus menyiapkan bazar dan program ni kan.

aku hanya mampu berdoa dari jauh. semoga roh pak cik aku di tempatkn dalam keadaan yg baik dan bersama orang2 yg beriman . al-fatihah .

macam-macam lagi aku nak cerita ngan korang ni, tapi kita jumpa kat next entri ya. kalau himpun semua, t orang tak baca lak en .. huhu

doakan aku.

sekian .

Post a Comment

Previous Post Next Post