Assalamualaikum ,
hari ni aku nak kongsi sikit pendapat aku mengenai " i want to touch a dog "
satu program yg bermatlamat untuk menghilangkan persepsi buruk orang islam terhadap anjing .
persoalannya, pernah kah islam menyuruh penganutnya untuk membunuh anjing ? atau melakukan sesuatu yg buruk kepada anjing ?
jawapannya: TIDAK .
Anjing adalah haiwan dan juga makhluk ALLAH juga . Di sebut dalam surah Al-Kahfi dimana ada seekor anjing yg bersama-sama dengan golongan yg baik di dalam gua .
maka islam tidak memandang anjing itu sebagai jijik .
cuma, sebagai penganut islam, kita mesti la tahun yg kita ini terdiri dari pelbagai mazhab . dan masyarakat malaysia pula mengikut mazhab imam syafie .
dalam mazhab syafie, kita tidak di benarkan utk memegang anjing dengan sengaja . jika terpegang maka samak atau sertu lah .
macam mana nak samak ??
basuh tmpt yg terkena anjing itu dgn 1 kali air tanah, dan 7 kali air bersih .
jadinya, kenapa sebagai ummat islam yg mengikut mazhab imam syafie, tidak mngikut mazhab ?
ehh ubai, bukan ada ke mazhab yg membenarkan penganutnya memegang anjing ??
betul, ada iaitu mazhab maliki .
perlu di ingatkan mazhab maliki membenarkan penggunaan anjing hanya untuk menjaga haiwan ternakkan, memburu dan sebagainya .
jumhur(keseluruhan) ulama mengatakan anjing itu najis .
tiba2 kita melawan kata ulama, kita hebat dari ulama ke ??
penganjuran program sperti ini bagi aku membuatkan masyarakat muslim kita di msia tertanya-tanya boleh ke tidak .
yang berilmu di uji dengan ilmunya, tapi yg tidak berilmu di uji dengan tiada ilmunya .
maka bila dah jadi heboh satu malaysia , maka tugas kita cari la ulama. tanya mereka dan minta nasihat dari mereka.
penganjuran program ni juga seperti menghina masyrakat muslim di malaysia. utk non muslim, u all boleh je pegang anjing tu, kami tk marah pun. tapi kami org islam memang tk leh nak pegang anjing dengan sengaja.
we have religion to follow ^_^
harapnya ada isu ini, kita dpt belajar mengenai tuntutan islam dalam bab ini. jgn main hentam sokmo je k ^_^
sekian, moga ALLAH beri hidayah untuk kita semua ^^
p/s : search kat google tajuk progrm tu..bnyaknya muslim main dengan anjing :'(
kucing banyak lagi..kenapa tk nak pegang.
ada hadis nabi : " malaikat tak masuk rumah yang ada anjing "
malaikat pun tk nak masuk, kita sibuk nak dekat ngan anjing..nak suh malaikat jauh dari kita ke ?
renung2kan
Post a Comment