Renungan bersama..

Assalamualaikum,

Allahamdulillah,diizinkan Allah untuk menulis sekejap dalam blog ni..
lama sudah tak berkarya. 
Insyaallah,hari ni kita di bulan sya'ban..bulan depan Ramadhan akan menjelma..
so,apa yg telah kita lakukan sbgai persediaan menyambut ramadhan..

Alhamdulillah,skung ni sudah timbul kesdaran dlam masyarakat kita tentang kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadhan,hingga tk sabar2 menanti kedatangan Ramadhan dan Menangisi pemergian Ramadhan.
Tatkala semua org sibuk dengan dunia,ayuh kita sibukkan diri kita dengan akhirat yakni dengan beribadah kepada Allah S.A.W. Biarlah orang kata , ' la lek lu,muda lagi la,t bila tua bila kita dah tk keja n dok umah ja,bru la kita beribadatn dekatkan diri kita kepada ALLAH " . Ingatlah teman,Masa tk pernah menunggu kita,tpi kita ja yg dok tunggu masa.Kalau kita gunakan sebaik2nya Insyaallah kita akan selamat di dunia dan di akhirat.Allah berfirman :

demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh
dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Al-Asr : 1-3
oleh itu kita,haruslah sentiasa beringat,bahawa kita ni akan mati.Kalau kita boleh postpone ajal kita,silakan..tpi kita tk boleh dan tk mampu nk lakukan seperti itu.Malaikat Maut tk mencari yg tua sahaja untuk menghdap ALLAH bila masanya sudah tiba,tetapi yang muda juga tak terlepas daripada malaikat maut.
Maka,datangnya Bulan Sya'ban dan bkal menyusulnya adalah Ramadhan haruslah kita mengambil  peluang keemasan yg Allah belikan kepada kita untuk lakukan ibadah sebanyak2nya,agar Allah memberikan ganjaran syurga-Nya kepada Kita,Insyaallah..
Dalam kesibukan beribadah,jgan lupa perbanyakkanlah meminta ampun kepada Allah,agar dosa kita sejak dari kecil hingga skrang ini di ampunkan oleh ALLAH, aaamiiinn..
saya cukuplah sekadar ini tuk kali ni,semga kita peroleh manfaat dan sama2 berdoa agar kita berjaya di dunia dan di akhirat.Insyaallah,Jumpa lgi. (^_^)


sekadar renungan bersama :)


Previous Post Next Post