" Kenapa kecam saya? " Sham Visa. Hai Korang, aku tau ramai yang dah tak sabar nak tengok konsert final nantikan. hehe sabar! kita ada beberapa hari sahaja lagi untuk ke pentas akhir.

Hari ini aku nak kongsikan dengan korang pasal Sham Visa. Setelah diumumkan yang dia layak ke final, ramai yang kecam dia dan mengatakan dia tak layak ke final.

Korang ni kenapa eh? Dia berjaya dapat markah yang elok untuk minggu 10, jadi dia lah yang layak ke final kan.

Gegar Vaganza 2019 : " Kenapa kecam saya? " Sham Visa


Tapi tulah netizen ada yang tak puas hati. Ermm.

Jom kita baca komen Sham berhubung isu tersebut.

( TEMUBUAL BERSAMA ASTRO GEMPAK)

" Kenapa kecam saya? " Sham Visa


"Keep it coming!" itu antara jawapan bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Sham Visa apabila masih terus-terusan dikecam netizen.

Malah, Sham tidak gentar dan mengalah dengan kata-kata negatif.

Baginya, mereka yang bersuara tidak melalui situasi yang dia tempuh sepanjang 10 minggu dalam GV2019.

"Saya terhibur dengan kata-kata netizen. Lagipun ini pengalaman pertama saya dikecam dalam dunia digital.


"Cuma kadang-kadang saya tertanya-tanya kenapa kecam saya? Adakah mereka faham apa yang saya lalui selama ini?

"Namun, akhirnya saya akur. Mereka (netizen) juga sebahagian dalam industri hiburan dan ia menghiburkan saya. Jadi, teruskanlah!" kata Sham kepada Gempak.

Sepanjang bersama GV2019, Sham antara bintang yang sering mencetuskan rasa tidak puas hati netizen saban minggu.


Malah, ada yang menyifatkan vokalis kumpulan Visa itu tidak layak untuk mara peringkat demi peringkat.

Sumber : Astro Gempak.

Semoga berjaya buat abang sham Visa. Abaikan sahaja komen-komen negatif itu yang pasti abang memang layak ke final. Semoga berjaya !




Post a Comment

Previous Post Next Post