Cerekarama Insan Terpilih TV3

Cerekarama Insan Terpilih TV3. Hai korang! Hujung minggu ni korang buat apa jer? hehe mesti nak layan cerekarama kan waktu malam ahad macam ni. hehe

Antara barisan pelakon yang terlibat dalam cerita ini adalah Syazwan Zulkifly, Jay Iswazira dan Zara Zya. Mesti cerita sedih ni kan. hehe


Cerekarama Viral Insan Terpilih TV3


Waktu tayangan : Sabtu, 7 September 2019, 9:30 malam
Tayangan kedua : 26.4 2020, 9 pm.
Saluran tayangan :  TV3
Senarai Pelakon : Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Zara Zya, Fadhil Dani, Liza Othman, Jeff Hassan

Cerekarama Insan Terpilih TV3

Sebenarnya, cerita ni di adaptasi dari cerita sebenar tau. Memang ada orang yang digelar gila tapi sebenarnya dia mulia di sisi tuhan.

Semoga kita dapat ambil pengajaran dari kisah ini.

Sinopsis


cerekarama insan terpilih mengisahkan tentang Firdaus . Dia digelar sebagai orang gila dan busuk oleh orang kampung tetapi, dia rajin. Ustaz Zaki kagum dengan Firdaus kerana akhlaknya lebih mulia berbanding dengan orang yang cukup sifat akalnya.

Selepas kematiannya, namanya kembali menjadi sebutan orang ramai yang mula merindu kelibat insan terpilih ini.

Review


Mungkin sudah ramai yang menonton cerekerama insan terpilih ini sebelum ini. Tapi aku tetap nak kongsikan review mengenai telefilem menarik ini. Sememangnya tajuk insan terpilih ini sangat kena dengan jalan ceritanya mengenai seorang lelaki yang istimewa.

Kehidupannya pelik di mata manusia tetapi indah di alam sana. Watak yang diadaptasi dari kisah benar ini yang di lakonkan oleh Syazwan Zulkifli sangat memberi kesan kepada penonton.

Ramai menitiskan air mata selepas menonton full insan terpillih ini. Disamping jalan cerita yang mantap dan beri banyak pengajaran kepada penonton. Ia juga menambah keinsafan dalam hati penonton insan terpilih ini.

Bagi yang belum tonton, boleh tonton di TV3 sabtu ini 30 Disember 2023 tau. Pasti tidak merugikan masa anda sebab cerekarama ini sangat menarik dan best. 


Selamat menonton

Previous Post Next Post