Senarai Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3)

Senarai Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3). Drama adaptasi dari novel ini telah mula ditayangkan sejak 24 Julai tempoh hari. Drama ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam. Aku nak tanya, korang dah tengok ke drama ni? Kalau dah tengok, apa pendapat anda mengenai jalan cerita drama kerana dia manusia biasa ni? Komen dekat bawah ya.

Bilangan Episod : 15 episod
Tarikh Mula Tayangan : 24 Julai 2019


Senarai Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3)


Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran Tayangan : TV3

Dengar kata, drama ni best sebab dua-dua pelakon utama berikan yang terbaik dalam drama ini. Betul ker? anda rasa bagaimana?

Senarai Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3)


Senarai Pelakon  : Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Abbas Mahmood, Aishah Atan, Ali Reza, Shafira Edora, Dhia Ly, Ku Zara Eryna

Sinopsis 


Sinopsis drama ini mengisahkan tentang kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit.

Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.

Senarai Pelakon Drama Kerana Dia Manusia Biasa (TV3)

Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

Agak-agak, Nurin Aira mampu terima balik tak si Tengku Shamil ni? hehe kalau nak tahu, kenalah tengok episdo penuh di tv 3

Selamat menonton.



Previous Post Next Post