Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Nur Musim ke 2. Mulai dari 2.4.2019 ini, drama yang diminati ramai sejak dari musim pertama dulu akan mula bersiaran. Drama apa agaknya tu ? mestilah Drama NUR ! Antara barisan pelakon Nur 2 ini adalah Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah dan Eyra Hazali.

Aku rasa korang tahu cerita ni kan. hehe tak sabar nak tengok bagaimana sambungan cerita yang penuh kontroversi ni kan.

Tarikh Tayangan : 2 April 2019
Masa : 10 malam

Senarai Pelakon dan Sinopsis Drama Nur Musim ke 2

Semua pelakon asal cerita ini dikekalkan dan di tambah dengan pelakon baru drama nur 2 iaitu Azar Azmi dan juga Eyra Hazali. Katanya Azar bawa watak jahat dalam cerita nur kedua ni. hehe Mampukah pelakon baru mencipta impak seperti pelakon yang lama? Aishh, kena tengok sampai habis lah macam ni. hehe

SINOPSIS DRAMA NUR 1


Sinopsis drama nur  musim pertama adalah mengisahkan tentang seorang pelacur bernama Nur yang mempunyai niat untuk berubah. Dia sering menanyakan soalan kepada Ustaz Adam tetapi tidak dinyatakan namanya pada setiap soalan yang ditanya.  Adam merupakan anak kepada Dato Ayah Hj Mukhsin, seorang pendakwah terkenal.

Adam yang terkenal dengan kekacakkan dan ilmu yang banyak menjadikan dirinya sentiasa menjadi perhatian orang awam. dia juga bakal ditunangkan dengan Qhadeeja iaitu anak kepada usahawan terkenal yang juga kenalan Dato Ayah.

tetapi pertemuan dengan Nur merubah segalanya. dari bertanya soalan sehinggalah mereka jatuh cinta diantara satu sama lain. tetapi cinta mereka ditentang habis-habisan oleh masyarakat dan keluarga mereka. adakah mereka dapat mempertahankan cinta mereka ?


SINOPSIS DRAMA NUR 2


Adam dan Nur memulakan kehidupan rumah-tangga yang baru dengan bahagia sekali. Mereka tinggal di rumah milik arwah ibu Nur, Cik Mona.

Apa pula akan jadi pada Nur selepas ini? Katanya ada plot twist dalam cerita ni. wah, Ustaz adam tu baik ke sebenarnya apa rahsia sebelum dia jadi ustaz ?

oh nooo ! kalau nak tahu, kenalah tengok drama ni tau.


Gambar Pelakon


Ustaz adam dalam drama Nur 2

Senarai penuh Pelakon dan Sinopsis Drama Nur Musim ke 2


Akhir sekali, Harap sangat drama ni betul-betul menjadi dan difahami jalan ceritanya. Semoga persepsi buruk terhadap golongan agamawan dapat ditangkis dan dipadam dari minda masyarakat kita.


2 Comments

  1. usually saya tunggu beberapa episode ditayangkan dlu baru tengok kalau drama Melayu ni. tengok dulu orang2 punya review. tak pun tunggu dah nak habis nanti heheh..

    ReplyDelete
  2. senang nak baca sinopsis kat sini

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post