Cerekarama Titi Kayu. Untuk minggu ini, slot cerekarama akan menayangkan sebuag telefilem bertajuk Titi Kayu yang dibintangi pelakon dan pengarah terkenal iaitu Micheal Ang dan juga adik Syed Ali Murtadha.

First time kita tengok micheal ang berlakon kan. hehe agak-agak apa yang akan jadi dalam cerita ni? Sebenarnya cerekarama ini adalah sempena Tahun Baru Cina.

Sebab itulah ia lebih berkisar mengenai persahabatan diantara kaum yang ada di Malaysia.

gambar pelakon Cerekarama Titi Kayu


Tarikh Tayangan : 9.2.2019
Masa: 9pm
Pelakon Tambahan : Rahim Omar, Riz Amin, Margaret Gan, Jaja Iliyes, Iqram Dinzly

Sinopsis


Drama ini mengisahkan tentang Cheong Ah Ling atau lebih dikenali sebagai Lim. Dia seorang pemuda yang lurus bendul dan berkawan baik dengan seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Umar.

Setiap hari lim perlu mengambil jalan yang jauh semata-mata untuk berjumpa Umar. Tetapi sebenarnya rumah Umar bersebelahan saja dengan rumahnya. Ini disebabkan ada sebatang sungai yang memisahkan kedua-dua kawasan tersebut.

Jadi, satu hari mereka berdua mendapat idea untuk membina sebuah Titi Kayu bagi memudahkan mereka berjumpa.

Agak-agak anda sempat tak Lim siapkan Titi Kayu ini?? haa, kalau nak tahu, kena tengok lah cerekarama malam ni tau.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post