Senarai Pelakon Drama Petua Nenek.  Sejak semalam, 22 Disember 2018 telah mula ditayangkan sebuah drama baru yang bertajuk petua nenek. Apa kaitannya diantara petua dan nenek ? haha pasti ramai yang nak tahukan.

Antara barisan pelakon petua nenek ini adalah Adiba Yunus, Raja Afiq, Liza Abdullah, Keena Mentor, Fazli Zainal, Jasmine Ashraff, Annie Arifin, Julia Farhana Marin dan Talha Harith.

INFO DRAMA


Bil Episod : 20 episod
Tarikh Mula Tayangan : 22 Disember 2017
Waktu Tayangan : Sabtu dan Ahad, 7 pm
Saluran Tayangan : TV3

Drama Petua Nenek pelakon


Aku sempat juga tengok episod pertama drama ni, pendapat aku, drama ni okay ja. boleh layan waktu petang. Penuh dengan lawak dan santai saja.

Seronok pula layan petang-petang kan.

Sinopsis drama Petua Nenek


Drama ini mengisahkan tentang Nek Embun yang merupakan seorang bidan kampung. Dia mempunyai seorang cucu yang bernama Qaseh.

Lama kelamaan, Qaseh sudah terikut-ikut dengan gaya neneknya. Dia juga cuba untuk menjadi seperti neneknya.

Antara sebab kenapa drama ini dinamakan petua nenek adalah kerana ia mengisahkan tentang kehidupan seharian masyarakat kampung yang bergantung dengan petua dan nasihat orang-orang dulu.

Qaseh mempunyai niat untuk berkahwin diusia yang muda, tetapi Nek embun membantahnya. Mampukah Qaseh mendapat keizinan dari Nek Embun ?

Kalau nak tahu, kena tengok drama petua nenek ini di tv3.


Post a Comment

Previous Post Next Post