Type something and hit enter

author photo
By On
Malam ini akan ditayangkan cerekarama Dosa Perempuan. Antara barisan pelakon cerekarama ini adalah seperti Mira Filzah, Nad Zainal dan juga Redza Rosli.

Sebenarnya cerekaram minggu ini merupakan antara calon-calon drama yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2018.

Memang setiap drama yang tercalon ini mempunyai kualiti yang terbaik. Memang rugi kalau tak tengok kan.

INFO CEREKARAMA DOSA PEREMPUAN



  • Tarikh : 20.10.2018.
  • Masa : 9 Malam.
  • Saluran Tayangan : TV 3.
  • Pelakon lain : Aaidit Noh, PU Rizz, Duerra Mitilda, Hairi Safwan, Fizi Amer.


SINOPSIS DOSA PEREMPUAN


Jalan cerita cerekarama minggu ini adalah mengisahkan tentang Nik yang merupakan seorang peguam. Dia dalam proses menyelesaikan satu kes pembunuhan yang dilakukan oleh Daud.

Daud telah membunuh rakannya bernama Azali. Tindakannya ini mendapat kecaman hebat dari masyarakat.

Sekiranya dia didapati bersalah, Dia akan dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah.

Satu ketika, Nik perlu bertugas diluarkawasan. jadi isterinya iaitu Suraya dan anak mereka, Aimi perlu tinggal di rumah seperti biasa.


Cerekarama Dosa Perempuan TV3

Ketika ketiadaan Nik, Suraya bertemu dengan tasha.

Nik menjadi tidak sedap hati, kerana Aimi mengadu yang dia tidak sukakan tasha.

Kes ini menjadi lebih rumit apabila, Daud tidak mahu beri kerjasama kepada pihak polis. Katanya, jika mereka mahu tahu perkara sebenar, mereka perlu memanggil kekasihnya kerana dia juga merupakan saksi kejadian.

Mampukah Nik mencari jalan untuk selesaikan kes ini?
Persoalan timbul, siapakah pembunuh Azali ?

Daud atau orang lain ?

nak tahu kesudahan cerita ini?
anda kena tengok cerekarama malam ni tau. rugi kalau ada yang terlepas. hehe

TONTON ONLINE DOSA PEREMPUAN


Bagi yang nak tengok secara online cerekarama malam ini, boleh layan dekat pautan dibawah ini ya.



Jom like page kami >> Kataubaid <<  sebagai tanda sokongan anda !

Jom komen dibawah

Comments
0 Comments

Click to comment