Drama Wan Peah Balik Beraya

Korang ingat drama misteri wan peah ? ala drama komedi seram yang viral dulu tu. haaa, malam ni akan ditayangkan pula drama ' wan peah balik beraya 'tau. kesinambungan daripada drama sebelum ni.

Drama Wan Peah Balik Beraya


PELAKON

senarai pelakon wan peah balik beraya adalah Zee Zainal, Acap, Bell Ngasri, Normah Damanhuri, Sherry Al-Hadad, Janna Nick, Sheila Rusly .

agak lain sikit senarai bintang pelakon yang membarisi drama ni kali ini kan.

SINOPSIS

sinopsis drama wan peah balik beraya adalah mengisahkan tentang wan peah yang terpaksa pulang ke kampungnya kembali setelah sekian lama. Dia menyedari yang Mas Ayu ada niat jahat terhadap orang kampung mereka.

Namun, pada awalnya orang kampung menyalah anggap kehadiran wan peah. tetapi akhirnya mereka sedar yang mereka telah silap. jadi mereka pun meminta maaf kepada wan peah.

Wan Peah berjaya mematahkan sanggul pada kepala malika iaitu orang yang nak menggangu kampung tersebut dan akhirnya malika hilang . mas ayu pula dikenakan hukuman atas kesalahanya terhadap orang kampung .

INFO DRAMA

Tarikh Tayangan : 21 jun 2018
Waktu Tayangan : 10 Malam








Previous Post Next Post