Type something and hit enter

author photo
By On
Cara Membuat Permohonan Pencen Ilat Perkeso 2018. Baru-baru ini saya ada berurusan dengan pihak PERKESO. Tujuannya adalah saya nak keluarkan  caruman PERKESO @ SOCSO. Alhamdulillah, layanan yang diberikan oleh pegawai di sana amatlah baik dan memudahkan urusan saya. Saya memang tak tahu mengenai caruman perkeso sebelum ini, sampailah satu hari terbaca mengenai pencen ilat perkeso untuk pencarum-pencarum mereka di facebook.

Barulah saya buat keputusan untuk cuba mohon pencen ini. Tujuan pencen ilat ini adalah membantu meringankan beban pencarum yang mengalami masalah kesihatan.

Dalam kata lain, jika anda atau ayah atau ibu anda jatuh sakit dan pesakit tersebut merupakan pencarum PERKESO, maka anda layak untuk 'claim socso ' tersebut untuk kegunaan kebajikan kesihatan anda. bagaimana nak mohon pencen ilat ini ? saya akan terangkan dekat bawah ini.


permohonan-pencen-ilat-perkeso

sebenarnya ramai tak tahu mengenai perkara ini, jadi saya tulis mengenai pasal cara memohon pencen ilat ini untuk memudahkan urusan anda.

Syarat Kelayakan Permohonan Pencen Ilat Perkeso 


Pemohon mestilah belum mencapai umur 60 tahun pada masa Notis Keilatan diterima;
atau

Sekiranya pekerja telah mencapai umur 60 tahun (berkuatkuasa 1 Januari 2013) pada masa Notis Keilatan diterima, beliau perlu menunjukkan keterangan bahawa:

👉  Menghidap suatu keadaan uzur yang berkekalan
👉  Tidak berupaya mengambil bahagian dalam kegiatan yang mendatangkan keuntungan
👉  Keuzuran terjadi sebelum umur 60 tahun dan tidak lagi bekerja yang menguntungkan sejak itu

Disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan
Memenuhi syarat kelayakan caruman yang telah ditetapkan sama ada tempoh kelayakan penuh atau dikurangkan

Langkah-Langkah Membuat Permohonan Pencen Ilat Perkeso 2018

Sebelum anda pergi ke pejabat PERKESO, saya nasihatkan anda bawa sekali I/C atau salinan I/C pemohon untuk semakan kelayakan di sana .

sekarang, anda ikut sahaja langkah-langkah untuk anda buat permohonan pencen ilat.

1. Pergi ke cawangan PERKESO berdekatan anda .
2. Di Kauter, anda hanya perlu sebut

" saya nak buat permohonan Pencen ilat " .

Jika anda tidak pasti status masalah anda sama ada boleh mohon pencen ilat atau ada bantuan lain, anda boleh lah menceritakan masalah tersebut kepada pegawai yang bertugas. 

Insyaallah urusan anda akan dipermudahkan nanti.

3. Anda akan diberi nombor giliran dan anda hanya perlu tunggu untuk dipanggil sahaja.
4. Selepas nama/number anda di panggil, serahkan salinan i/c pemohon kepada pegawai bertugas untuk tujuan semakan.

5. Anda akan ditanya beberapa soalan biasa.

a) Pemohon masih bekerja atau sudah berhenti .
b) Pemohon sakit apa ?

6. Nanti pegawai tersebut akan maklumkan sama ada anda layak untuk menerima pencen ilat atau tidak.

Kalau anda berjaya !

Anda perlu isi borang pencen ilat dan pengesahan doktor yang merawat anda.

Selesai isi borang tersebut, anda perlu hantarnya kembali ke Pejabat PERKESO untuk mereka proses permohonan anda.

Saya berharap tulisan saya mengenai cara memohon pencen ilat kali ini membantu anda untuk membuat permohonan tersebut. jangan malu untuk ke pejabat perkeso. ini hak anda dan anda perlu tuntut .

kalau anda ada masalah apa-apa, boleh sahaja komen dibawah ya .

Sekian .


Jom komen dibawah

Comments
0 Comments

Click to comment