Assalamualaikum~~!! Iflix merupakan satu jenama televisyen online yang diberi peluang untuk menjadi penyiar perlawanan bola sepak di Malaysia. Dengan adanya medium online macam ni, kita lebih mudah nak tengok bola dimana sahaja kita berada. korang tahu tak caranya macam mana? jom aku kongsikan cara tonton bola dengan iflix ni ya..

Sebenarnya sejak TMJ mengambil alih Persatuan Bola Sepak Malaysia, aku nampak ada banyak perubahan yang berlaku. terutamanya dalam liga kita. Dulu kita susah nak tengok bola, sebab media prima agak memilih perlawanan.


Cara Tengok Live Streaming Bola Dengan Iflix

tapi sekarang semunya makin mudah, ditambah dengan pelaburan yang di lakukan oleh Iflix Malaysia dan rakan media yang lain.

CARA TONTON LIVE STREAMING BOLA DENGAN IFLIX


Versi Dekstop

1. Sila ke laman Web ini - Iflix
2. Buat Akaun iflix korang.

ada 3 pilihan iaitu

šŸ‘‰  Sign up dengan Facebook dan G-Mail.

3. Bila dah sign up, baru boleh tengok bola dekat sini.

Versi Mobile.

aku tau, ramai yang tengok bola pakai handphone kan. jadi korang ikut langkah-langkah yang aku dah senaraikan dekat bawah ni ya.

1. Download Aplikasi Iflix atau layari laman web iflix.
2. Buat akaun iflix korang.
3. dah ada akaun , baru boleh mula tonton bola dekat situ. Selamat menonton.

Cara Tengok Live Streaming Bola Dengan Iflix
Tengok bola dengan iflix versi mobile

Dulu, Iflix ni kena bayar kan. Sekarang korang boleh tengok secara percuma sahaja. Apa yang korang kena buat adalah hanya Sign up untuk menonton semua rancangan dalam Iflix.

Dalam Iflix ni ada macam-macam rancangan. Antaranya adalah drama melayu, Filem luar negara dan macam-macam lagi. Bukan setakat korang boleh tengok bola, tapi rancangan yang aku sebutkan tadi pun korang boleh tengok.

Jadi rugilah kalau korang tak buat satu account Iflix ni kan. So, terpulang untuk korang nak langgan atau tidak. kalau tak langgan, tak leh lah tengok bola kan.

Sekarang ini pun, saingan liga malaysia pun makin sengit, agak rugi lah kalau tak tengok perlawanan dan sokong pasukan korang tu. kesian depa. hehe dapat tengok online pun jadilah kan..

persoalannya, korang sokong pasukan apa ?


Post a Comment

Previous Post Next Post