Aishah Juara Gegar Vaganza 4 ,Ini Kedudukan Penuh Finalis GV 4 !

Assalamualaikum, baru sahaja tamat gegar vaganza 2017 tadi, aku terus update entri untuk korang. hehehe rajin tak aku. jom aku kongsikan mengenai kedudukan penuh konsert akhir gegar vaganza 2017 . seperti sedia maklum yang Aishah merupakan juara gegar vaganza musim ke 4. keputusan yang tak boleh dibangkang mana-mana pihak.

Aishah Juara Gegar Vaganza 4

sebabnya memang aishah mempunyai kualiti yang tak ada pada penyanyi lain terutama penyanyi muda. jadi kualiti dah ada, persembahan mantap dan keupayaan beliau mencapai note2 tertentu yang sukar menjadikan dia pilihan juara.

Aishah Juara Gegar Vaganza 4 ,Ini Kedudukan Penuh Finalis GV 4 !


Juara : Aisah
Naib Juara : Liza Hanim
Tempat Ketiga : Lan Solo
Tempat Keempat: Hazami
Tempat kelima : Firman
Tempat keenam : Tia Jinbara.

aku paling terkejut bila tengok hazami tempat keempat. aku jangka kan yang hazami antara top 3. tapi sayangnya di konsert akhir beliau jatuh ke tempat ke 4. tapi aku still adore dengan suara dia. power weeh. mohon buat lagu baru hazami !!

apa-apa pun tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kerana telah menghiburkan kami selama 8 minggu. diharap selepas ini ada lagi lagu baru untuk diperdengarkan kepada kami bila selesai gv 4 ni ya. hehe

sekian .

Previous Post Next Post