2 Perkara yang Tak boleh dibuat Lawak

30 Oktober 2017

Assalamualaikum korang. ada beberapa perkara yang aku nak sembang dengan korang. hehe
pertamanya pasal tajuk ni. ada dua benda yang korang tak boleh buat lawak. satu pasal benda yang merisaukan orang lain. contohnya bab mati dan sebagainya.

yang kedua , bab agama.
jangan membuat lawak dengan agama. sebab agama terlalu tinggi darjatnya dalam hidup manusia. terutamanya agama islam .

Perkara yang Tak boleh dibuat Lawak



ingat dua benda ni elok-elok ya.
sebenarnya ni pesan orang tua-tua. jangan main dengan  berita kematian. jangan buat orang susah hati dengan benda yang tak sepatutnya. jangan bermain dengan perasaan orang yang ambil berat pasal kita.

tak kiralah sekadar mesej ataupun up status dekat facebook dan sebagainya. bila kau dah tipu orang dengan berita palsu, lepas ni kalau kau mati betul-betul pun orang tak percaya dah. ingat tu. manusia ni ada satu benda yang dia cukup pantang.

yaa pantang di TIPU .

Perkara kedua dalah pasal GV4 , gegar vaganza musim keempat dah mula tau. korang tengok tak semalam. memang best gila tengok mungkin sebab peserta-peserta ni familiar kot. haha

korang tau, Aishah dapat markah 96% untuk persembahan semalam. memang power dia tarik semalam. hehe terkejut dan terkesima dibuatnya. hehe dia pun sebelum ni terlibat dengan politik dan sekarang baru kembali untuk berada dalam dunia seni. kira buat comeback lah gitu kan. hehe

tak sabar pulak nak tengok minggu depan macam mana. hehehe

dua benda ni jer nak sembang dengan korang. yang pertama tu yang penting sekali. jangan dok buat berita sedih pasal kematian korang. lepas tu cakap " ini mungkin status yang akan di muat naik bila aku dah mati nanti ".

fuhh sampah gila.

hati-hati. nanti bila kau mati betul-betul, orang tak percaya dah. aku takut nanti orang doa yang bukan-bukan masa kau mati. so hati-hati yer. bye !

2 ulasan:

  1. Betul ..bahaya nak permainkan perlekehkan agama..elok kita belajar dan belajar beramal yg baik2

    BalasPadam
  2. Xtgk langsung gv4.. huhu..

    BalasPadam

Kataubaid© .