Misteri Dua Tanduk Di Pulau Tioman Terjawab

Assalamualaikum korang, hari ni kita nak rungkai misteri di sebalik Dua tanduk di Puncak Pulau Tioman. seram tak ? hahaha kisah ni aku baca dekat harian metro jadi aku kongsikan lah dengan korang mana tau korang tak tahu kan. Betul ke pulau tioman di kenali sebagai pulau naga ? huhu seram pulak nak tulis kan.

Ubai pernah pergi Pulau Tioman ke ?

sejujurnya aku tak pernah sampai ke pulau ni. selain dari pulau pinang ada antara pulau lain yang aku pernah pergi iaitu pulau dayang bunting dan juga pulau kapas di terengganu. Pulau pinang tu aku acah jer, sebab aku memang asal dari sini. hahaha

Dua Tanduk Di Pulau Tioman
Dua Tanduk Di Pulau Tioman


Betul ke Dua tanduk tu ada kisah misteri ?

Sebelum itu, kalau korang tak tahu, dua tanduk tersebut berada di atas Gunung Nenek Semukut. kisah di sebalik tanduk tersebut adalah ia di katakan tanduk kepada puteri naga yang bertukar menjadi pulau tioman.

waahh menarik ni. ada satu lagi fakta, kalau korang tengok elok-elok, dia nampak macam cula naga yang tengah baring. nampak tak ?

Gunung Nenek Semukut ini juga mempunyai bentuk seperti muka seorang lelaki yang lengkap mempunyai dagu, dahi , hidung dan mulut. haa, pernah nampak ke ?

aku tak pernah pergi, jadi aku tak pasti macam mana keadaan pulau tersebut.

Korang boleh baca berita selanjutnya dekat sini .

Lepas ni kalau aku pergi aku ambil gambar puncak gunung tu. hehehe ada kisah sebenarnya kenapa aku tak suka pergi pulau-pulau ni. nak tahu sebab apa tak ? korang baca entri yang aku kongsikan dekat atas tu. ada jawapan dekat situ .

Akhir sekali, kalau kita pergi tempat orang, tolong jaga adab.
jangan buat sesuka hati kita jer.
nanti penghuni dekat situ marah, dah jadi benda bukan-bukan dekat kita pula kan.

jadi hati-hati. harapnya kisah dua tanduk di puncak gunung nenek semukut ini terjawab lah yer. hehe

Previous Post Next Post