Duit Tak kan Pernah Cukup , Sebab Itu Kita Kena Belajar Menyimpan

25 Oktober 2017

Ini pengalaman aku sebenarnya. Nak cakap selalu dapat duit dengan blog tu agak menipu lah kan. ada masa dapat banyak dan ada masa dapat ciput jer. hahaha dari sini aku belajar yang duit tak pernah cukup . aku cakap dekat hati aku " aku kena mula menyimpan " . kalau tidak sampai bila tak akan ada duit.

ada orang tanya, kalau gaji kecil macam mana nak menyimpan ? . kita hidup sebenarnya adalah untuk hari esok. sebab kita ta tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. jadi ini persediaan kita untuk itu. wah macam Dato fazilah kamsah dah. hahaha

Belajar Menyimpan
Belajar Menyimpan


Nak belajar menyimpan ada cara dia, aku nak cakap pandai pun tak boleh sebabnya aku baru nak mula hehehe. dari pembacaan aku lah kan, ada yang cakap, nak menyimpan ini adalah dengan berjimat.

haa sudah lah, nak jimat apa pula ni ?

ada orang anggap berlapar adalah jalan penyelesaian untuk masalah kewangan. betul juga tu. tapi tak semua situasi boleh di kategorikan macam tu.tapi kalau perasan, kita banyak habiskan duit kita ni untuk makanan.

" makanan mahal , kalau tak makan nanti gastrik pula "

betul tu. makan jer lah. kita kurangkan dekat perbelanjaan lain untuk pastikan kita dapat berjimat dan kurangkan perbelanjaan bulanan kita. bila ada " duit lebih " tu janganlah guna yer, simpan dalam bank elok-elok .

haa itu jer kaedah cara mudah menyimpan yang aku belajar lah . ada ni panduan yang aku terjumpa. hahaha panduan jimat katanya. ada 123 teknik berjimat di ajarkan dalam panduan ni . kalau berminat dapatkan lah dekat bawah ni ya .

dapatkan di sini - 123 Teknik Jimat

sampai bila kita nak merungut pasal duit tak cukup kan.
tak kan setiap hujung bulan nak makan telur jer.

ya, kita kena berubah. Mungkin panduan jimat yang aku kongsikan ni dapat membantu korang meningkatkan duit dalam simpanan korang. lepas ni mesti duit berkepuk-kepuk kan. hahaha boleh lah aku pinjam. ehhh

hehehe

Kesedaran nak tulis benda ni adalah sebabnya aku sendiri ada masalah nak jimat dan nak simpan duit. nak keluarkan duit ni memang laju. kadang-kadang tu , duit tak masuk lagi tapi dah plan nak guna dia untuk apa. hahaha

hujung bulan mula lah, terasa langit tu tinggi . masa lambatnya ia berlalu. hahaha mengada-ngada kan. apa pun, aku harap entri kali ni bermanfaat untuk kita semua. bye !

2 ulasan:

  1. Sejak dulu lagi aku memang bawak bekal g keje..mase belajar dulu pulak masak kat rumha..memang boleh jimat dan menyimpan kalau amalkan 2 perkara ni..cume tahan tak tahan jela :-)

    BalasPadam

Kataubaid© .