Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Raja Afiq dan Puteri Aishah

24 Oktober 2017


Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Raja Afiq dan Puteri Aishah
Raja afiq dalam Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku 


Assalamualaikum korang, Hari ni aku nak kongsikan pasal drama lelaki itu pemilik hatiku dan senarai pelakon yang ada dalam drama tersebut. aku tak pasti drama ni akan ditayangkan bila. nanti bila dah umumkan aku update semula ya.

perasaan aku lah , drama ni akan gantikan drama titian cinta. rasanya lah hehehe

Antara pelakon drama pemilik hatiku ini adalah puteri aishah , raja afiq dan ramai lagi. Sinopsis ringkas drama ini adalah ia mengisahkan tentang seorang lelaki playboy yang cuba mengorat seorang gadis kampung.

Dia ingat mudah jer mengorat gadis kampung ni. bagi duit jer settle. itu kata Luqman Haqimi lakonan raja afiq

agak-agak dapat tak gadis tu dekat dia ? hehe

Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku Lakonan Raja Afiq dan Puteri Aishah 


Jom aku kongsikan maklumat berkaitan drama ni.

Tarikh Mula Tayangan : 31 Oktober 2017
Saluran Tayangan : TV3 
Senarai Pelakon : 

Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Dilla Ahmad, Fish Fazil, Ariff Aziz, Jaja Iliyes

Oh ya, lupa nak bagitahu , drama ni merupakan drama adaptasi dari novel Mr Hot Guy tau. kiranya drama viral dulu ni. hehehe

Seterusnya aku nak kenalkan dengan korang mengenai watak-watak yang di bawa dalam drama lelaki itu pemilik hatiku.

pertamanya raja afiq macam aku bagitau tadi dia bawa watak sebagai Luqman Haqimi.
Kedua, Puteri aishah sebagai Nurin Kamila.
Yang ketiga adalah Julia Farhana Marin sebagai Adrea
yang terakhir watak Aiman yang di lakonkan oleh Syazuwan Hassan .

' Best ke drama lelaki itu pemilik hatiku ni ? '

hahaha aku pun tak tau nak cakap macam mana. korang kena lah tengok dulu baru lah kita tau macam mana jalan cerita drama ni kan. jangan dok judge awal-awal ni pulak yer. hehehe 

Baru aku perasan, seorang raja dan seorang lagi puteri . hahaha nama diorang kan. agak-agak sweet tak lakonan diorang nanti . jangan lupa tengo drama lelaki itu pemilik hatiku di tv 3 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .