Abam Bocey Pelakon dan Pelawak | Biodata

25 Oktober 2017

Abam Bocey Pelakon dan Pelawak

Hai korang, aku nak tanya, siapakah abam bocey ? mesti kenalkan. seorang pelawak yang comel dan kini bergelar seorang pelakon. aku tulis ni pun sebab abam jadi pelakon drama saka sisters jer ni. kalau tak aku lupa nak update. hahaha jom aku kongsikan biodata abam bocey untuk korang ya.

BIODATA ABAM BOCEY 


Nama Penuh :Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan
Nama artis : Abam Bocey
Tarikh Lahir : 19 November 1988 (umur 28)
Gombak, Selangor, Malaysia
Pelawak, pelakon
Saudara Ali Puteh (adik)

Instagram : https://www.instagram.com/abam_bocik

Masa aku dok buar research pasal abam bocey ni, aku terkejut !
sebabnya aku jumpa fakta yang abam ni adalah abang kepada ali dari kumpulan Puteh.

laaa, adik beradik rupanya.
manalah aku tau. hahaha

Kalau korang selalu tengok Maharaja Lawak Mega, wajah abam antara  'mangsa' yang akan di jadikan bahan lawak oleh rakan-rakan dia. tapi dia tetap tak ambil hati dengan lawak-lawak tu kan.kadang-kadang aku tengok pun kesian dekat si abam ni.

orang selalu perli badan dia yang besar tu. tapi dia tetap melayan kerenah rakan-rakan yang lain. aku doakan abam terus berjaya dalam dunia seni dan tak terpalit dengan gosip-gosip murahan kan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .