Pembesar Suara Hanya untuk Azan Dan Iqamat Di Pulau Pinang !




LARANGAN AZAN I satu lagi kontroversi melanda negeri kelahiran aku iaitu negeri Pulau Pinang yang tercinta . Sebenarnya peristiwa yang berlaku adalah Majlis Fatwa Negeri telah mngeluarkan kenyataan mengenai  " Larangan Menggunakan Pembesar Suara Melainkan Hanya Untuk Azan dan Iqamat di Negeri Pulau Pinang " .

Isu ini telah berlegar di Pulau Pinang lebih kurang 5 tahun dulu, masa tu aku masih di sekolah menengah.Ketika itu, Jabatan Agama keluarkan arahan supaya bacaan Al-Quran sebelum subuh tidak perlu menggunakan pembesar suara. Hal ini demikian kerana, beberapa kawassan di negeri Pulau Pinang ini menggunakan Pembesar Suara untuk memdengarkan bacaan al-quran ketika sebelum subuh.

beberapa aduan di terima ketika itu dan akhirnya tercetus la keputusan melarang masjid di negeri Pulau Pinang menggunakan speaker untuk alunan al-quran sebelum subuh .


Kini, Ahli Majlis Fatwa telah membuat keputusan setelah berbincang untuk " Melarang Masjid-masjid di negeri pulau Pinang menggunakan pembesar suara luar melainkan untuk Azan dan Iqamah SAHAJA " .Dan keputusan ini akan di persembahkan kepada Agong sebelum melaksanakannya.Mungkin akan mengambil masa dalam 2 atau 3 bulan lagi.

Jadi, kita sama-sama nantikan jika di terima oleh agong, maka kita akan melihat perlaksanaannya bagaimana .

p/s: di sebabkan ini keputusan Mufti Negeri Pulau Pinang, Dr. Wan Salim maka aku thiqoh dan percaya mesti ada hikmah dari semua ini. Sebab ia datang dari ulama, maka insyaallah akan ada rahmat Allah yang akan mendatang. ISLAM agam Rahmat .

sekian.

**abaikan komen kontroversi di page FOBN tu. meluat aku baca , komen bnyk yang tak baca usul cerita.


Previous Post Next Post