Kesesakan Jalan paling BURUK dalam sejarah PENANG !


Hai,

Bila korang bawa kereta pasti yang pertama korang akan harapkan yang jalan yang korang guna tu tak jem langsung . betul tak ?

aku pun mcam tu gak, sbb aku ni jenis yang malas nak layan benda2 yang stress ni. hahaha

tup tup,

hari terjebak pulak dengan traffic jam. bukan sekali, tapi 2 kali . Pagi dan Petang .

Pagi tak la teruk sgt mcam petang. 3 Lorong penuh dengan kereta semata. aku nak mencelah masuk lorong lain pun susah. haaihh.

mana tak nya, jalan yang dah menjadi rutin harian orang penang di area bayan Lepas ni, tiba-tiba di ubah  laluannya. sebab akan ada pembinaan lebuh raya nanti. tapi pedih  dan kesian la, kalau orang yang nak naik flight, tiba2 takdpt sbb apa ? sbb sesak sgt jalan tu. dari pada high Bayan Baru sampai ke Bayan Lepas. FULL !

sapa dok area penang ni tau la.

Pihak berkuasa pun tgh menguji jalan2 dan laluan baru tu. sbb nak mudahkan smua gak. terpaksa la tukar jalan lepas ni.Lagi satu di sebabkan penutupan jalan . Jalan tersebut akan di tutup selama 6 bulan sampai bulan januari.

Jalan yang ditutup adalah Di Lebuhraya Lee Chong Eu

Berikutan penutupan itu, kenderaan yang berulang-alik dari Jambatan Pulau Pinang ke lapangan terbang di Bayan lepas dinasihat menggunakan Jalan Tun Dr Awang, manakala kenderaan dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ke lapangan terbang dan George Town serta sebaliknya, dinasihat menggunakan Jalan Permatang Damar Laut. - dipetik dari Malaysia Kini 

bermakna, kes kesesakan macam ni akan berlanjutan selama 6 bulan ?

aku baca kat satu blog ni. blogger tu kata Traffic Jam yang teruk berlaku hari ni di PULAU PINANG. betul, aku pun tk pernah rasa traffic jam macam tu. hehe .


parah la weh..
gambar hiasan

1 comment:

  1. Ramai yang bercerita mengenainya pagi tadi.. itulah Penang dah memang jem waktu pagi dan petang,waktu masuk dan balik kerja..penutupan jalan makin menambah kesesakan sediada..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.