Lailatul Qadar atau Lailatul Ala Kadar !

11 Julai 2015


Assalamualaikum !

korang buat apa tu ?

Kali ini aku cuba nak bawa satu lagi perkara penting yang mana kita ni selalu lupa, termasuklah diri aku ni .
Apabila bulan ramadhan menjelma dan menfghampiri malam2 terakhirnya, maka sedah semestinya kita ternanti2 kan satu malm yg lebih baik dari seribu bulan. betul tak ? kadang2 kita ni sibuk sgt smpai selalu lupa.tapi kat malaysia, kita selalu di ingtkan oleh keluarga, sahabat dan tidak kurang media2 sosial yg sedang berkmbang pesat ini.

Tapi, kekuatan sebenar adalah apabila kita sendiri mampu untuk mengejar dan mendapatkan lailatul Qadar tersebut.


Betul susah nak bangun solat tengah malam, habis terawih pun dah pukul berapa kan. ada simple tips yg parent aku ajar,

bangun sahur awal sket dan solat tahajud dulu baru makan sahur. tak smpai 5 minit solat tahajjud kan . moga berguna la tips ni.

Ada pulak yg kata, lailatul qadar ni jatuh pada hari tertentu contoh malam 27. jadi kita qiam la pada malam tu je. tapi kita kena ingt, setiap tahun bukan sama. ada pelbagai pendapat yang di beritahukan kepada kita melalui beberapa org ulama antaranya imam syafie yang mengatakan lailatul qadar jatuh mengikut hari mula kita berpuasa. semua ini berdasarkan pengalaman mereka memperoleh lailatul qadar.

kita boleh ikut pendapat2 tersebut. cumanya nak selamat, kita bangun tiap-tiap malam. ini je amalan kita yg terakhir dalam bulan ramadhan ni. bukan selalu kita bertemu dengan ramadhan kan.aku pun tgh mendidik diri ni supaya fokus malam2 terakhir ni. moga pengampunan Allah yg menjadi target di peroleh di akhir ramadhan.bukan apa, awal2 ramadhan kita dah culas,tak kan akhir ramadhan kita nak culas lagi kan.

sama2,kita perbetul niat kita. kejar lailatul qadar jgn pulak kita jadikan lailatul atau malam itu hanya sekdar ala kadar je. buat betul2. maghfirah Allah yg kita nak . doakan aku jugak ^^

sekian.

1 ulasan:

Kataubaid© .