Hantu Bluerey !



Assalamualaikum .

hari ini aku nak cerita dgn korang satu lagi drama hari raya yg aku sempt tgk. 
ni kira review drama la.

Cerita " Hantu Bluerey "

pelakon : Beto Kusyairy, Johan , Ozlyn dan ramai lagi.

ceritanya lebih kurang, seorang perempuan yg di bunuh atas sebab ingin menuntut haknya oleh seorang lelaki yg mengambil kesempatan terhadap perempuan itu.(ozlyn) .

Johan pulak membawa watak sebagai penjual VCD cetak Rompak dan Beto sebagai Polis yang menyamar sebagai penjual Vcd Cetak Rompak.

Johan mempunyai masalah kewangan yg memaksanya bekerja sbgai penjual vcd cetak rompak.tetapi dlm pekerjaannya juga dia mengalami kemerosotan keuntungan dari jualannya. sehinggalah tibanya beto sbgai pembantu. Beto pula dalam misi penyamaran utk membanteras penjenayah cetak rompak.

Ozlyn yg berlakon sbgai hantu pula, menjadi hantu utk menuntut bela atas kematiannya.Dia di bunuh dan di tanam di tepi sungai. Hantu ni terperangkap dalam satu hard disk yg menyimpan video dirinya yg di ambil kesempatan oleh lelaki yg di sebutkan di atas.* aku tak ingt nama dia ==

setelah berlaku satu pergaduhan antara johan dan lelaki tersebut,johan sempat mencuri Harddisk tersebut dan dari situ lah, si hantu ini muncul dalam hidup dia dan beto.

mereka di ikuti oleh ozlyn ke mana sahaja mereka pergi, tetapi org lain tidak mampu melihat ozlyn dan mereka sahaja yang boleh melihatnya.

ada berlaku ugutan dalam cita ni yg mana mak johan dan adik dia ditangkap sbgai ugutan kpada johan.

dan di akhir cerita, si hantu tersbut pergi kerana jasadnya kembali tenang.mana kala kawan2 johan di tangkap sbb mengedar vcd cetak rompak.

komen :

cerita ni memang lawak, dengan celoteh johan tu, korang memang tak kan berhenti gelak. aku terfikir, macam manalah beto boleh kerja dgn johan ni,...asyik gelak jaa.. haha.

aku suggest korang tgk cite ni ya.

selamat menonton !

like page kipas biru !! ^^
Previous Post Next Post