Ilmu itu Cahaya !


Assalamualaikum ,

okay , kali ni aku nak cerita satu kisah yang berlaku pada imam asy-syafie .

dia mengadu kat gurunya bernama imam waqi'

" Aku Mengadu pada guruku, imam waqi' mengenai buruknya hafalan aku , Guru aku menyuruh ku meninggalkan ma'siat . Kerana ilmu itu cahaya, cahaya tak kan masuk dengan benda2 ma'siat "

subhanaallah , itu level imam syafie. kita ni macam mana la agaknya kan . aku cakap kat aku sebenarnya .

al maklumlaa , kita ni student. banyak yg kena dok ingt kan. banyak yg kena hafal. jadinya salah satu sebab kita susah nak ingt adalah sebab maksiat yang kita buat .

lagi satu, sebab kita malas nak hafal. hehe

tak prepare nak hafal apa. haa sbb tu otak tk leh proses. itu aku laah.. haha

membebel lak aku. 

okay siap pasal bebelan aku . haha

tadi aku p gunting rambut , adel si tukang rambut tu dia sebut perkata " kawe " " nok" " klik " "drumoh " .

aku cuba intreprate apa lah pak arab ni dok cakap . rupanya2 dia cakap loghat kelate. patut laa aku rasa cam familiar ja. haha

dia ckap nak kawin dengan orang kelantan atau terengganu . 

aku yg menanti giliran nak potong rambut, hanya tergelak je dgan pak arab yg reti cakap bahasa melayu ni .

meh nanti aku ajaq loghat utagha laak kat haang... naak.. haha 

kelebihan dia belajar bahasa. boleh berbahasa melayu turki arab dan beberapa lagi bahasa. jeles menjelma. itulah kehebatannya.. hehe

aku pun belajar bahasa arab ngan dia la. senang sket.. bila nak tanya vocab arab kan.

itulah cerita hari ni. tak bnyak benda aku buat.tp bila duduk dan fikir balik. ia bermakna. cuba korang buat gak cm tu. syukur ALLAH panjangkan usia :D

okay la..nak study sket and then tidoq. selamat malam :)

sekian.

3 comments:

Powered by Blogger.