[ MAT-11 : Resolusi ]


Assalamualaikum !!

hari ini aku cerita sikit resolusi MAT 11 yg aku p semalam.. huhu sorry la kalau agak formal. huhu

[ MAT-11 : Resolusi ]

 Mesyuarat Agong Tahunan PERUBATAN KE 11 [ MAT-11 ] telah melabuhkan tirainya semalam. Pelbagai persoalan yang di lontarkan oleh Perwakilan dijawab oleh barisan Majlis Tertinggi PERUBATAN ( MTP ).

bagi aku,MAT - 11 berlangsung dengan lancar walaupun terdapat sedikit provokasi yang di timbulkan beberapa Perwakilan,tapi provokasi itu masih di tahap santai semata utk memeriahkan Mesyuarat sahaja .
Kemudian Sesi Pembentangan Usul , sebanyak 4 usul di bentangkan iaitu :

USUL 1 - Mewujudkan Panel Pengkajian Penubuhan Alumni Graduan Sains Kesihatan Mesir. status : Diterima
 USUL 2 - Menghazafkan Jawatankuasa Keselamatan & Sosial Islam (JAKSI) dan tugas diletakkan di bawah pantauan Unit Biah Solehah BPI dalam menjaga nama baik PERUBATAN. status : Ditolak 

USUL 3 - PERUBATAN mendesak pihak berwajib menyelesaikan masalah pengiktirafan Jurusan Farmasi Klinikal di Universiti Zagazig, Mansurah dan Iskandariah. status : Diterima

 USUL 4 - Mewujudkan unit kajian lapangan ilmu perubatan untuk menghasilkan kajian ilmiah dan saintifik. Status : Ditolak.

 Moga hasil Mesyuarat kita semalam mampu mebantu barisan MTP 15/16 untuk menerajui PERUBATAN bagi sesi kali ini .

 tidak di lupakan juga,ucapan Dasar PRESIDEN PERUBATAN 15/16 saudara haniz iqbal yang bagi aku,mencakupi beberapa aspek penting yg setiap ahli perlu cakna dan take part .

 Misi Pembangunan Insan dan agenda pentarbiyahan di bawah beberapa unit yg terdapat dalam PERUBATAN (cth ,MC , Health Academi dll )sebagai satu indikator yang mana penekanan oleh tuan PRESIDEN dalam memastikan ahli2 PERUBATAN mampu menjadi doktor muslim setelah selesai pengajian nanti .

Tidak lupa Misi Profesionalisme yang di tekankan oleh Presiden bagi memastikan kredibiliti ahli Perubatan dapat di jaga.Sebgai pelajar PERUBATAN, kita kena sistematik,inovatif dan berkualiti -ujar tuan Presiden.

 4 Peringatan yang di ingatkan oleh Tuan Presiden iaitu
 1. jaga solat
2.Lazimi BacaanAl-Quran
 3.Istiqomah dalam Menuntut Ilmu.
4.CARILAH kemanisan dalam hidup bermasyarakat dalam Wasilah PERUBATAN.

 4 perkara ini perlu diterapkan dalm setiap ahli Perubatan .

 Rasanya cukup setakat ini, kalau perlu PART 2. t aku sambung .Emotikon kiki .

 p/s : bangun pagi,play lagu PERUBATAN .. Hehe Berlayarlah PERUBATAN ~~

kredit pic :Eirfan Ahmad BPP PCM15/16 [ KLIK GMBAR UTK KE FB BELIAU ]

1 comment:

Powered by Blogger.