4 jenis Manusia !


Assalamualaikum !

insyaallah hari ni, aku nak ceritakan mengenai 4 jenis manusia . ilmu ini aku dapat dari ceramah ustaz zulhafeez semalam ketika mendengar ceramah beliau . Beliau seorang penulis juga. telah menulis buku2 yg dah diterbitkan di Malaysia .

Ustaz ada cerita mengenai 4 jenis manusia .

1. Visual
2. Auditory
3. Kinestetic (sentuhan )
4. Digital ( Perasaan ) 

Manusia yang jenis visual adalah manusia yang suka pada gambar. dalam kata lain depa ni jenis mat insta la senang cakap .

semua perkara dengan gambar .

Auditory pula adalah manusia yang suka mendengar . lebih kepada menerima sesuatu melalui pendengaran . dia susah sket bila kta whatsapp atau mesej. t dia call terus. haa..kan2.. pernah ada kawan macam tu ?

Kinestetic ni pula adalah melalui sentuhan . kisah Rasulullah dan seorang mak cik tua . satu ketika, selepas Rasulullah wafat. Saidina Abu bakar jumpa dgn Saidatina A'isyah dan bertanyakan amalan apa yang Nabi buat tapi beliau tak buat lagi. Saidatina A'isyah kata. Nabi selalu beri makan kepada seorang mak cik di hujung kampung .

lalu saidina Abu bakar segera menuju ke tempat yang di beritahu. mak cik yg selalu rasulullah beri makan ada di situ . lalu saidina Abu bakar terus menyuap makanan ke dalam mulut mak cik itu tanpa menyoal apa2 .

kemudian mak cik itu meludah kembali makanan itu. mak cik tersebut berkata " kamu bukanlah orang yg selalu suap aku ". jawab abu bakar " saya lah org nya mak cik " . "tidak !!! " jawab mak cik itu .

" org yang selalu menyuap aku itu tahu aku ni tkda gigi. jadinya dia basahkan sikit roti dan dia gumpal kecil2 sebelum dia suapkan kat aku " balas mak cik itu .

saidina abu bakar akur dengan mak cik itu. lalu dia memberitahu mak cik itu bahawa insan yg selalu menyuapnya itu sudah meninggal dunia. sebelum itu mak cik tersebut bertanya mengenai insan yg selalu menyuapkannya makanan  sbb dah beberpa hari insan tersebut tk menyuapnya. 

mak cik tu terkejut lalu bertanya "siapakah yg menyuapkan aku itu " tnya mak cik itu . "Dia lah Muhammad Rasulullah " balas saidina abu bakar.

mak cik tersebut terkejut dan menangis teresak2. kerana mak cik ini buta dan mulutnya sentiasa mencaci insan bernama Muhammad.Rupa2nya insan itulah yg menyuapkan makanan untuk dia selama ini.

akhirnya mak cik tersebut masuk islam . 

nak ceritanya di sini, mak cik itu adalah jenis yang terkesan melalui sentuhan. maka di gambungkan lagi dgn kemulian rasulullah maka terhasil impak yg cukup besar.

dan yang terakhir adalah Digital iaitu perasaan . ada di kalangan sahabat2 kita yg tak kuat bila di kutuk. mudah merajuk dan sebagainya. depa ni di katogori kan sebagai insan yang digital .

so,korang berada di kelompok yang mana ? ce share skett ^^

semoga apa yg kita tahu ini di sampaikan kepada yang lain sama ya ^^

sekian .

p/s : jom follow blog ni ^^

1 comment:

Powered by Blogger.