LIFE 4 : Satu Refleksi Semula

26 April 2014


Assalamualaikum ..

alhamdulillah dan syukur dan bertambah syukur kita kepada ALLAH kerana memberi nikmat yang bnyak kepada kita sampai kita sendiri tak terhitung nikmatNya .

kisah semalam,

lepas meeting muhasabah LIFE 4, aku, Fadli Muhattar, Syed Qayyum , Syazwan ( Sam ) , Reza dan Kamal  duduk sama2 sambil makan laksa penang yang di buat oleh Kak Nas . huhu

laksa ^^
nak cite pasal laksa tu.. huhu.. anak perantauan memang laa sedih dan sadis.. bukan selalu dapt makan mcm tu kan.. hehe.. terasa penang kat laksa tu.. huhu thankz kak.. ^^

kami duduk sambil berbual2, macam2 yang di bualkan, tapi balik2 aku je yang kena.. =="

hehe.. cuma apa yg boleh aku konklusi kan dari program LIFE 4 adalah kita kalau melakukan gerak kerja , jangan syok sendiri .

jangan membuat sesuatu mengikut perasaan semata2. sebab itu kdng2 akan menurunkan semnat para penggerak yang lain. sentiasa murah degn snyuman .

kalau sebagai ketua, kita kena kurangkan ego kita.. hakikatnya kita bergerak sebgai pasukan yang saling tolong menolong. keputusan mesyuarat bukan milik ketua semata-mata tapi hakikatnya adalah milik bersama.

jadinya, kita sebagai penggerak haruslah menjaga akhlak kita sesama penggerak.

manusia mudah lupa,teguran dan muhasabah itu lah umpama ketukan atau stesen utk kita duduk dan bermuhasabah gerak kerja kita sendiri.

semoga usaha kalian di berkati oleh ALLAH, jasa anda tak dapat ku balas, masa yang korang korbankan dan juga penat bersengkang mata itu, mngangkat barang.. aku tak mampu buat tanpa kalian.

AJK mengharapkan ketua, ketua mengharapkan kalian . sinergi yang perlu kita terapkan dalam gerak kerja. tiada istilah aku ketua, kau AJK..atau aku AJK kau , so ikut apa yang aku nak !!

moga kita belajar sesuatu dari apa yang kita buat dalam gerak kerja LIFE 4 !!

sayangnya blog tak leh nak tag nama, thankz gak tuk acap ngan piqa, rugi tak mai, makan laksa weeh.. hehe ..

tuk AJK akhawat yang di ketuai oleh kak Nas , Asmaa Athirah dan kakaknya Asmaa Nadhirah, alin, husna, kak murni , umi ,azlin , kak atifah, kak syakilla..kak dayah *kan aku dah mention semua.. hehe

thankz, korang merupakan penolong yg hebat dalam membantu gerak kerja LIFE 4. ^^

cukup dah koot..panjang berjela aku tulis niii..

eh , sebab apa aku tulis pasal LIFE ni ??

permintaan Qayyum, SAM , fadli, kamal dan reza ..diorang kata aku selalu aku dok update entri kan.. nah aku bgi kat korang !! lepas ni kalau ada org pm minta no phone..jangan salah kan aku :p

akhir sekali, " setiap dari kamu adalah pemimpin, dan pemimpin akan di pertanggung jawabkan atas apa yang di pimpin "- hadis-

pegang dan semat dalam diri, bukan ketua sahaja yg akan di soal..hakikatnya, kita yg bergerak dlm unit2  kecil pun mempunyai peranan dalam pimpinan sesuatu organisasi !! jom infiru !!

maaf atas semua salah silap :)

" siapa aku tanpa kalian "



sekian,

p/s : jumpa lagi !!! " menangis tak semestinya sedih, gembira tak semestinya ketawa " .. opps.. aku bukan jiwang k.. :P

maaf kalau entri agak cm lagha ke apa.. mohon tegur kalau salah ^^

p/s : --------------------------------------------------------------------------------------------->

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .