Mushrif vs Mushrifah

22 Mac 2014


Assalamualaikum !!

mushrif  ??

apa itu mushrif ?

mushrif dalam bahasa kampungnya adalah penjaga .

kat mana mushrif ni selalu di praktikkan ?

jwpnnya di mesir ^^

baru-baru ni jadi isu , apa bila ada satu petition yang di keluarkan oleh pihak2 tertentu yang berbunyi ingin memboikot mahasiswi perubatan mesir .

dengan alasan mereka tidak mahu bermushrif dan beberapa faktor lain.

cuma situasi ini telah mngundang persepsi buruk terhadap segelintir mahasiswa mesir yang menuntut di mesir ini.

situasi mushrif :

apabila akhawat(perempuan) nak keluar rumah pada waktu malam, di galakkan untuk mencari seorang ikhwah(lelaki) atau dua sbgai penjaga mereka sewaktu mereka keluar menyelesaikan urusan .

cuma yang berlaku sekarang ini, apabila akhawat keluar tanpa mushrif pada waktu malam. mungkin boleh diklasifikasikan kepada beberapa alasan :

1. terdesak.
2. tiada mushrif yang sudi membantu .
3. malas menggunakan mushrif.
4. segan nak menyusahkan mushrif =.="

ini antara yg aku dgar dari kawan2 .

dari segi mushrifnya pula , yakni ikhwah .

alasan yang selalu di berikan utk menolak permintaan untk mushrif adalah :

1. lewat beritahu
2. ada urusan lain
3. malas nak mushrif .

jadi skop2 ini perlu di atasi terlebih dahulu.

bila korang letakkan diri korang sbgai abg atau adik tuk akhawat ini. pasti korang akan cuba utk menjaga mereka dgn sebaiknya.

bagi akhawat pula, perlu kurangkan aktiviti di luar rumah pada waktu malam atas faktor keselamatan . andai terpaksa , gunakanlah khidmat mushrif. dan kalau boleh maklumkan awal jika perlu utk mngelakkan dripd penolakkan dri pihak mushrif itu sendiri .

benda ini sebnrnya adalah urusan kdua2 belah pihak , cuba letak diri korang dlam posisi seseorang yang lain..semoga korang menemui jalannya.

dalam soal ini tiada yang kuat dan yang lemah , masing2 pelu dan memerlukan antara satu sama lain..tolong menolong utk kepentingan bersama ^^


maaf kalau entri ini menyinggung perasaan mana2 pihak..just for fun. benda lama tapi di peringatkan semula utk kepentingan bersama ^^


sekian

p/s: baru balik MAT-10 huhu..nak buat post event ke tak..errmmm..huhu

1 ulasan:

Kataubaid© .