Mencari Sinar Kehidupan..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah , Allah masih bgi bnyak nikmat kat kita walaupun bnyak kesalahan dan kemungkaran yang kita lakukan. Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah S.A.W. cinta hati setiap manusia .

Insyaallah , Kali ni aku nk share ngan korang smua psal lwatan atau ziarah aku yg pertama ke thonto atau tanta. Selepas Isyak , aku dan kwan2 aku bergerak ke tanta dgan menaiki peugote * org kat malaysia tk tau..hoho ...alhamdulillah, dgan izin ALLAH , kami selamat smpai ke tanta dan smpat berjlan2 di sekitar awalbah..Kemudian kami p rumah kwan2 kami di tanta ni tuk bermalam di sana..Terubat rindu aku kt kawan2 seperjuangan yg terpisah dek kerana berlainan University.

Sempat berbual dan bertanya khbar dgan mereka walaupun bukan smua student di sana..tpi kwan terdekat aku alhamdulillah smpat jumpa.Pada keesokan harinya , kami berkumpul di awalbah untuk memulakan ziarah kami ke makam2 Auliya yakni wali-wali ALLAH.Kami menziarahi 3 Masjid , Masjid yang pertama kami menziarah makan seorang wali ALLAH. Subhanaallah ,sewaktu memasuki mkam trsebut , terasa sayu hati memikir kedudukan aku ni dgan para wali Allah ni.terasa hinanya aku dan terasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh auliya Allah ni sehingga smpai ke tahap mereka skrang.

makam pertama yg kami lawat.

Kemudian, Kami menzirahi makan kedua di Masjid yang lain. Kali ni kami berpluang untuk memasuki makam itu dan memegang makam tersebut.Ya ALLAH..indahnya bila disisi mereka.Hati jadi tenang tak terkata , sayu hati ni ..hati bnyak menyoal diri ,Masihkah hang nk buat dosa ? sedangkan wali2 Allah dah kecapi syurga mereka..hang tk lagi..tk malukah ubai !! bau wangi-wangian mennyelebungi ruang makam tersebut dan menambah syahdu hati ini.

makam kedua yang dilawati.

Setelah selesai,kami menziarah Masjid terakhir iaitu Masjis Syeikh Ahmad Badawi . dalam masjid terdpt 4 makam wali-wali ALLAH antaranya makam assayidi Syeikh Ahmad Badawi , Assayidi Mut'al , Assayidi Nuruddin dan Assayidi Ahmad bin Muhammad.Dalam masjid ni juga terdpatnya Janggut Baginda Rasulullah S.A.W. dan tapak kaki Baginda. Kami dibwa masuk ke satu bilik yang mnyimpan janggut baginda dan barangan peribadai Syeikh Ahmad Badawi .ketika dalam bilik itu kami ditunjukkan dgan sikat,tongkat mengajar,kain baju yang seberat 20kg dan kain seberat 9 kg yang dipakai oleh syeikh ahmad badawi , kami juga ditunjukkan dengan serban Syeikh Ahmad Badawi .Kami juga melihat tasbih Syeikh Ahmad Badawi yang pnjangnnya hampir 2 meter.Subhanaallah,bagaimanalah mereka beribadah kepada ALLAH berbanding dgan aku ni.

Kisah disebalik serban tu : Syeikh Ahmad Badawi menutup muka bliau dgan mengguna serban itu , kerana wajahnya yang bercahaya .Ada satu kisah, suatu hari anak murid beliau ingin melhat wajah Gurunya itu . Lalu beliau mengizinkan anak murid dia lihat wajahnya , apabila di buka balutan tu ,dan melihat wajah gurunya ,pemuda tersebut terus meninggal dunia kerana cahaya yang ada pada wajah gurunya iaitu syeikh ahmad badawi..Subhanaallah , Allah mampu buat apa sahaja kepada kekasih-Nya.

serban dan sikat syeikh Ahmad Badawi.

Selepas tu ,kami ditunjukkan dengan sbuat kotak yang dlamnya terdapat janggut Baginda S.A.W. Allah !! masa dpt melihatnya ,hati masih brtnya lgi ,layakkah aku mllihat wajah Nabi Muhammad S.A.W. hati bgai diketuk untuk sentiasa berselewat kepada kekasih hati yang amat2 dirindui ..Ya Rasulullah, aku rindu pada mu. setelah itu , kami mengerjakan solat jumaat di masjid itu .Sebelum kluar dri bilik itu ,kami smpt bersalaman dgan penjga barang kepunyaan syeikh ahmad baddawi dan janggut Rasulullah S.A.W. merangkap imam ke3 masjid tersebut.

Dalam peti tersebut ada janggut Rasulullah.

Setelah selesai solat Jumaat Kami berpeluang untuk melihat golongan tarikat disini berzikir..ada yang menari smbl berzikir mngingati ALLAH..Budaya masyrakat di situ. Kemudian kami menziarahi makam Syeikh Mut'al , Syeikh Ahmad bin Muhammad , Syeikh Nurruddin dan makam Syeikh Ahmad Badawi..Di ruang yang menempatkan makam Syeikh ahmad Badawi terdapat tapak kaki Rasulullah..syukur tk terhingga walaupun wajak tk dpt ku tatap..tpi peninggalannya masih dpt ku lihat.Semoga smua peninggalan Baginda Dan para Nabi dan wali2 Allah terpelihara dan di jaga oleh yg berhak.

tapak Kaki Rasulullah..

Makam Assaiyidi Ahmad bin Muhammad .

Makam Assaiyidi Nuruddin

makam Assayidi Mut'al.

Selepas Solat Asar , kami bergerak meninggalkan Masjid tersebut dan pulang ke rumah kwan tuk ambil barang2 kami kemudian kami bergerak pulang ke Mansoura semula..Alhamdulillah, kami semua selamat smpai ke rumah masing2 membwa kenangan yg terindah dlm hidup.

Hati ni rsa rindu untuk ke sana lagi..tpi kerana tanggungjwab aku di mansoura ni blum selesai..Insyaallah,Klau ada rezeki , aku nk p sna lagi..Ya ALLAH.bantulah aku..


 perkarangan Masjid Syeikh Ahmad Badawi


 Insyaallah , cukuplah sekadar ni..sblum kita pergi ,jom hadiahkan Al-fatihah kepada semua umat Islam yg telah meningga dunia terutama kepada Bagin Rasulullah ,Para sahabat ,tabi' tabi'in wali2 ALLAH dan seluruh umat manusia kesemuanya.

Harap perkongsian kali ni dpt memberi manafaat kepada kita semua , maaf atas kekurangan. jumpa lagi .

Assalamualaikum.

wssalam.


Ubaidullah.






Previous Post Next Post