Indahnya hidup bermasyarakat ..

18 September 2012




Assalamualaikum semua..

alhamdulillah..kita diberi keizinan oleh Yg Maha Esa untuk bertemu skali lagi di sini.. ^^,

Insyaallah,hari ni aku nak kongsi ngan korang tentang " Gangnam style ". Entah kenapa dri first time gangnam ni kluaq , aku tk minat nk tgk depa tu menari.tp sejak aku tgk sedutan2 gangnam ni kat tv ,aku rsa cm "eeeeee,hodohnya " trlintas dlm kepala aku "da juga org yg mnat tarian cm tu " yela,mungkin aku ni jenis yg tak minat tarian kan,boleh la aku ckap cm tu..tp serius wei, geli aku tgk..terloncat tk tentu hala..eeeeee..haha..

Pelik tpi benar , tarian mcm tu la di minati oleh masyarakat dunia skung ni.Dalam skelip mata sahaja Gangnam style(GS) ni famous kat seluruh dunia,tak terkecuali rakyat Malaysia.Susahkan bila dah terjebak dlm benda2 mcm tu,tpi still aku heran kenapa dan ada apa pda GS tu ?? pa yang menarik sgt ? *klau korang tau,komen kt bwah k..kongsi ngan aku yg tak tau nii.. :) 

Kenapa mudah sgt kita terjebak dgan apa2 saja yg org luar buat ?? dulu ngan shuffle nya ,hip hop ,punkn so on ?  benda2 tu smua bgi benefit kat kita tak ?? or tmbah lg keburukan dlam masyarakat kita ??
korang mungkin ada jwapannya dan alasannya skali..tpi masih da yg tercari2 dan terkapai2 mencari jwapannya.tgk je masyarakat kita skung ? mcm na ?? n sapa yg perlu dipersalahkan ?? ibu bapa ?? guru2 ?? or msyarakat ? or salah kan diri sendiri ??

begitu lah persoalan2 yg sering terlintas dlam fikiran kita.skrng ni bukan masanya tuk mnunding jari siapa salah dan siapa yg benr tetapi bgaiman nk membantu mnyelamatkan anak muda islam dripda mudah terjebak dlam gejala2 tersebut.Jawapannya adalag balik kepada al-quran dan As-sunnah.Didiklah anak2 kita dgan sebaik2nya .Jaga mereka dripda anasir2 buruk dan melalaikan.Didik mereka dgan Al-quran bukan dgan lagu agar hatinya diterangi dgan nur Al-Quran.

Didik Masyarakat pula majlis ilmu agama di masjid dan surau2.Tanamkan rasa cinta terhdap ilmu akan mnyebabkan kita tak akan putus asa dlm kehidupan kita sebaliknya kita akan cuba untuk meningkatkan keupayaan diri kita.Di samping itu tnamkanlah dlm diri untuk trus berdakwah walau dimana jua kita berada.Hal ini demikian kerana,tanggungjwab dakwah adalah tanggungjawab kita bersama.Sebagai masyarakat yg prihatin,kita harus mengikuti perkembngan anak2 muda dan semasa kerana mereka juga adalah sebahagian dri hidup kita.Andai mereka mnyimpang terlalu jauh,tugas kita untuk menegur mereka.Sapa lgi yg akan mnegur mereka klau bukan kita!!

Seterusnya bagaimana kita nk hindarkan benda2 yg merosakkan akhlak kita ini,berbalik la kepada Al-Quran dan As-sunnah.Di samping itu kita juga perlu bertnya kpada alim ulama mngenai sesuatu yg baru yg dibwa oleh masyarakat luar kerana bimbang pekerjaan atau perilaku yg kita laku kan itu akan mnggugat iman kita.Nabi bersabda "ulama itu perwaris nabi " .Jadi,hargailah ulama' kita dan dikeji mereka..kerana bimbang kita akan dikeji oleh Allah.

Jika kita tk mampu untuk menegur msyarakat kita,ayuh marilah kita pnjatkan doa kita kpada ALLAH. Nabi bersabda : " doa itu senjata org beriman ".So,jgn la kita sgan2 tuk berdoa kerana Allah suka org yg berdoa kepadaNya.Dismping itu, jika kita berdoa kpada seseoarng supaya mendpt kebaikan,nnt malaikat akan mendoakan kita agar mndpt kebaikan juga.Subhanaallah,hebat betul .hanya dgan doa,kta mampu merubah sesuatu.Maka,mnjdi tanggungjwab kita mendoakan masyarakat kita.

Lastly,jgnlah kita asyik mnghukum seseorng atas sbb kesilpannya tetapi bantulah dia agar menemui jalan yg btul.bukan bermakna kita berlembut dgan penjenayah atau pembuat kesalahan,sebaliknya kita memberi pluang kepadanya jika dia mahu berubah.Jika dia wajib menerima hukuman,maka dia perlu mnjalani hukuman.

Indahkan klau mmpunyai masyarakat yg baik budi pekerti dan saling tlong menolong mcm tu.Klau korang nk masyarkat mcm tu.jom kita mulakan.,JGN tunggu org start dlu.."be the first one yg wat benda baik,Insyaallah dpt pahala " . Oklah,rsnya dah bnyak dah melalut ni..aku just nk kongsi ngan korang k..aku pun tgh mencuba tuk membaiki diri aku.sama2 kita doakan agar kita mncapai Mardhotillah dlm kehidupan kita.Insyaallah.

maaf andai tersalah atau terkasar bahasa yer.Jumpa Lagi !!

-"ALLAH \tk kan ubah nasib sesuatu kaum,melainkan kaum itu mngubahnya sendiri " (Ayat Al-Quran ) -



sekian.

ubaidullah_93

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kataubaid© .